MyOnlineDiary.

Diriku tidak sempurna seperti malaikat, tapi aku cuba jadi yang terbaik di sisiNya. Jika aku buat silap, jangan pandangku macam Ahli Neraka. :(

♡ My Diary ♡

Kembali Ke Ramatullah


Hai readers yang dikasihi. 
Hehe

Hari ni, adalah hari yang sedih bagi saya. Mungkin jugak semua keluarga saya. :')
        Hari ni, 13/1/2014 adalah hari kehilangan nya seorang ibu yang disanyangi oleh ibu ku serta adik beradik ibuku . Pagi tadi, telah diberitahu kepada semua ahli keluar ku yang ibu kepada ibu saya telah meninggal dunia. Iaitu nenek saya. 

Pagi tadi saya sedang tidur, saya dikejut oleh abang saya. Dia bagi tahu saya yang nenek dah kembali ke ramatullah. saya pun pergi lah bersiap balik kampung saya. Kampung saya dekat je. :) saya sampai je ke kampung ramai orang-orang kampung yang ada di rumah arwah nenek saya. Masa saya sampai, tepat pada waktu, nenek saya nak dimandikan. saya masuk je rumah, terbentang kain kapan di ruangan tamu. Allah. saya rasa macam takut pun ada bila  tengok kain tu. Maksud saya bukan takut kn kain tu, saya takut nanti selepas ni giliran saya pula. :( Yelaa, semua orang akan mati kan. 

Selepas nenek saya dimandikan, mereka semua siap kan jenazah untuk dikapan kan. saya sempat la jugak melihat muka arwah buat kali terakhir. :'( saya rasa macam nak menagis pun ada. Ya Allah..! Terkujur jasad nenek saya. Lepas tu, saya pergi dari situ.. saya pandang je kebelakang, ada ibu saudara saya. saya tengok dia dah menangis. Lepas jesaya tengok ibu saudara saya tu, saya pula rasa nak menangis. Pastu, saya tengok mak saya beredar dari situ. Dia taknak tengok. Bukan apa, dia tak nak menangis kat depan anak-anak dia. Hati orang siapa tahu kan. :')

Lepas tu, selesai dah jenazah di kafan kan, semua pakcik-pakcik saudara saya sembahyang jenazah.. Dah selesai semua nya, waktu untuk di kebumikan jenazah. saya tak pergi ke kubur. Mak saya pun tak pergi.. Senang cerita, semua kaum hawa duduk kat rumah lah. Tapi, ada lah sikit-sikit kaum hawa pergi ke kubur. Sepupu ana pergi ke kubur.      Alhamdulillah, selesai pengebumian nenek saya. 
Oh, ada sorang je ayah saudara saya tak sempat tengok muka arwah. Waktu tu, dia perjalanan nak balik ke sini, arwah dah pun di kebumikan.. Mula-mula, kitorg nak tunggu lah dia sampai balik. Tapi dia cakap tak ape lah. Teruskan je. Lagi pun tak elok melambat-lambatkan.. Kesian kat arwah pulak kan.. Semua nya dah selesai.. 

Itu sahaja cerita saya pada hari ni. Yang masih hidup, teruskan hidup. Kita sedekah kan Al-Fatihah shja pada arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang-orang yang beriman. :)
Thanks for reading.. Assalamualaikum