MyOnlineDiary.

Diriku tidak sempurna seperti malaikat, tapi aku cuba jadi yang terbaik di sisiNya. Jika aku buat silap, jangan pandangku macam Ahli Neraka. :(

♡ My Diary ♡

#Throwback






Ehem ehem, haiii ! Lama dok update blog kite ni. Haha
Apa khabar sume? Ade sihat kah? Haha cewah.
Kalau sihat bagus la, kalau tak sihat pi la bgi sihat. Hehe

Hemmm. Lama aku duk gali2 kat lappy aku ni. Tetiba jumpa gambar lama2. Hikhik. 
Rase rindu pulak time dolu dolu. haha. Well~ kenangan. hihi. Dengan kawan2 Em.. 

Ok disini saya nak mecerita kan. Ewahh~ Once upon a time.....
Jeng jeng jeng...




Haaaa.. ni la pic aku time aku form 1. Hihihi.. ce teka mana satu aku nye? keh3. Dah tutup muka mana nak tahu. Hm, aku yang kanan sekali tuh. Haha.. kalau tak caye, pi la zoom tengok nametag tu. Hihi. yang depan aku ti Athikah. Sebelah dia tu Faaiqa. Wahh rindu nye kat dua orang ni. Sahabat aku la.. Hehe yang duk sebelah aku tu nama dia Bella. Sebelah dia tu, belah kiri sekali, itu nama dia Raja. Hehe. Dan waktu ni last skolah rase nye. Dan waktu ni jugak, waktu exam . Haha memang syok la kan? boleh bawa henpon. Haha. Lek la, ramai lagi kawan2 aku bawa phone. Hihihi. Pape pun , rindu time ni ! >.<




Ok, dan ni pulak aku dengan kawan aku. Nama dia Ayu tu. Hihi. Yang mana aku? Aku yang warna pink tu. Hikhik. Omey tak? Haha. Ini masa kat rumah tunang abang aku. Haa, masa majlis pertunangan abang aku la time ni. masa tu, orang2 ramai duk sembang2. Aku ajak la kawan aku ni berselfie jap. Hahaha. I miss this time. Hihi. :)





Hahaha. ok semua ni aku dengan aku jugak Ayu tu. Hehe. Ni masa cuti tauhn lepas. 2013. Ujung tahun punya cuti. Yela kawan aku ni dia dah pindah ke kedah. Dia mai cuti kat perak ni, rumah kakak dia kat sini. Hihi. Ini waktu petang2 aku dengan kawan aku ni pi lepak2 kat taman2. Hahaha seldie dlu jap. Keh3. Tapi ni dulu2 lah. Hehe :)





Haha, comel tak kartun tu? Hihi comel kan? Muka disebalik kartun tu lagi comel. Haha. Ok perasan kejap. Hehe. Ni waktu raya korban tahun lepas. Pergi beraya ke rumah kawan kakak aku. Hehe. Masa ni aku pakai simpel2 je. Haha watpe nk pakai lawa2. Ok, seperti biasa, selfie la kan? Aumm. haha !





Kelakar nye la meme ni. Haha. lantak la kelakar ke tak, janji tak nampak muka ambo yang comel2 gitu. Hahahha. *kuat nye aku perasan* >.< Hihi takpe, puji ciptaan Allah kan? ;) Hehe ini time aku pi Cameron Highlands. Tahun lepas. aku ngn abg aku je pi. Huhu best la walaupun tak ramai yg ikut kn. Hehe.




Yang ni rase nye dah bape tahun da pic ni. haha lupe la. Tapi ingat lagim waktu sepupu aku kahwin. Hehe. Yang sebelah kanan tudung putih tu aku. sebelah tu kakak aku. Heee ;)




Yaaa. Ni la aku rindu. Tahun lepas pic ni. Masa ni aku tengah exam taw ! PMR. Haha. Dan hari terakhir exam. Wuu rindu nye :) Hihi, Balik rumah kita snap2 la kejap. Hihi 




Heee ni pic tahun lepas jugak. Masa hari raya tak silap. Ade open house kat rumah aku. Em ramai nye orang datang. Haha! Memang la, dah nama pon open house. Keh3. Kenangan yang tidak pernah aku lupakn. Hikhik. 


Tiada yang paling indah melainkan kenangan,
Tiada yang paling berharga melainkan pengalaman. 


*Maaf ye. Muka semua terpaksa ditutup. Sebab terlalu comel. Haha. Harap maklum. Hikhik

55 Amalan Sunnah Rasulullah


Selamat tengahari kawan2 ku semua.
Hari saya nak share pasal Sunnah Rasulullah pula.
Hehe, yelah tengah duduk2 layan fb kan. Tertengok satu ilmu yang bermanfaat.


55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya..


Terima kasih kerana sudi membaca.

Selamat beramal ! 

(Sila tegur jika saya ada silap) 

Assalamualaikum, fi hifzillah ! 

Kenapa Perlu Membaca AL-QURAN Walau Tidak Memahaminya (Kisah Menarik)


Hai kawan. Hari ni saya nak kongsi satu cerita.
Tadi dok tengok2 cerita kat facebook, ternampak satu cerita.
Haa, dari kita baca takde faedah tu, jom la baca satu cerita ni.
Saya hanya sekadar berkongsi. Semoga bermanfaat. :)

Mengapa Perlu membaca Al-Quran, walaupun kita tidak memahaminya? Jangan tak tau. Ade juga mereka yang jarang menyelitkan aktiviti baca quran dalam diari harian. Dengan pelbagai alasan. Alasan tak faham maksud ni pon memang femes laa kan. Oleh itu. meh kite baca sesama. moga dapat dapat menjadi pengajaran dan menjadi iktibar pada kita. =) 

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Mengapa kita perlu membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca? Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuknya dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya. 

Pada suatu hari cucunya bertanya, 

"Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?"

Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, 

"Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air." 

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. 

"Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang," 

Dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, 

"saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya."

Dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi. Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya, 

"Tengok Atuk, tak guna!" 

"Jadi anda fikir ianya tidak berguna?" Orang tua itu berkata," 

"tengok guni itu." 

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

"Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita." :)

Terima kasih sudi membaca entry saya kali ini. :)