MyOnlineDiary.

Diriku tidak sempurna seperti malaikat, tapi aku cuba jadi yang terbaik di sisiNya. Jika aku buat silap, jangan pandangku macam Ahli Neraka. :(

♡ My Diary ♡

#Throwback






Ehem ehem, haiii ! Lama dok update blog kite ni. Haha
Apa khabar sume? Ade sihat kah? Haha cewah.
Kalau sihat bagus la, kalau tak sihat pi la bgi sihat. Hehe

Hemmm. Lama aku duk gali2 kat lappy aku ni. Tetiba jumpa gambar lama2. Hikhik. 
Rase rindu pulak time dolu dolu. haha. Well~ kenangan. hihi. Dengan kawan2 Em.. 

Ok disini saya nak mecerita kan. Ewahh~ Once upon a time.....
Jeng jeng jeng...




Haaaa.. ni la pic aku time aku form 1. Hihihi.. ce teka mana satu aku nye? keh3. Dah tutup muka mana nak tahu. Hm, aku yang kanan sekali tuh. Haha.. kalau tak caye, pi la zoom tengok nametag tu. Hihi. yang depan aku ti Athikah. Sebelah dia tu Faaiqa. Wahh rindu nye kat dua orang ni. Sahabat aku la.. Hehe yang duk sebelah aku tu nama dia Bella. Sebelah dia tu, belah kiri sekali, itu nama dia Raja. Hehe. Dan waktu ni last skolah rase nye. Dan waktu ni jugak, waktu exam . Haha memang syok la kan? boleh bawa henpon. Haha. Lek la, ramai lagi kawan2 aku bawa phone. Hihihi. Pape pun , rindu time ni ! >.<




Ok, dan ni pulak aku dengan kawan aku. Nama dia Ayu tu. Hihi. Yang mana aku? Aku yang warna pink tu. Hikhik. Omey tak? Haha. Ini masa kat rumah tunang abang aku. Haa, masa majlis pertunangan abang aku la time ni. masa tu, orang2 ramai duk sembang2. Aku ajak la kawan aku ni berselfie jap. Hahaha. I miss this time. Hihi. :)





Hahaha. ok semua ni aku dengan aku jugak Ayu tu. Hehe. Ni masa cuti tauhn lepas. 2013. Ujung tahun punya cuti. Yela kawan aku ni dia dah pindah ke kedah. Dia mai cuti kat perak ni, rumah kakak dia kat sini. Hihi. Ini waktu petang2 aku dengan kawan aku ni pi lepak2 kat taman2. Hahaha seldie dlu jap. Keh3. Tapi ni dulu2 lah. Hehe :)





Haha, comel tak kartun tu? Hihi comel kan? Muka disebalik kartun tu lagi comel. Haha. Ok perasan kejap. Hehe. Ni waktu raya korban tahun lepas. Pergi beraya ke rumah kawan kakak aku. Hehe. Masa ni aku pakai simpel2 je. Haha watpe nk pakai lawa2. Ok, seperti biasa, selfie la kan? Aumm. haha !





Kelakar nye la meme ni. Haha. lantak la kelakar ke tak, janji tak nampak muka ambo yang comel2 gitu. Hahahha. *kuat nye aku perasan* >.< Hihi takpe, puji ciptaan Allah kan? ;) Hehe ini time aku pi Cameron Highlands. Tahun lepas. aku ngn abg aku je pi. Huhu best la walaupun tak ramai yg ikut kn. Hehe.




Yang ni rase nye dah bape tahun da pic ni. haha lupe la. Tapi ingat lagim waktu sepupu aku kahwin. Hehe. Yang sebelah kanan tudung putih tu aku. sebelah tu kakak aku. Heee ;)




Yaaa. Ni la aku rindu. Tahun lepas pic ni. Masa ni aku tengah exam taw ! PMR. Haha. Dan hari terakhir exam. Wuu rindu nye :) Hihi, Balik rumah kita snap2 la kejap. Hihi 




Heee ni pic tahun lepas jugak. Masa hari raya tak silap. Ade open house kat rumah aku. Em ramai nye orang datang. Haha! Memang la, dah nama pon open house. Keh3. Kenangan yang tidak pernah aku lupakn. Hikhik. 


Tiada yang paling indah melainkan kenangan,
Tiada yang paling berharga melainkan pengalaman. 


*Maaf ye. Muka semua terpaksa ditutup. Sebab terlalu comel. Haha. Harap maklum. Hikhik

55 Amalan Sunnah Rasulullah


Selamat tengahari kawan2 ku semua.
Hari saya nak share pasal Sunnah Rasulullah pula.
Hehe, yelah tengah duduk2 layan fb kan. Tertengok satu ilmu yang bermanfaat.


55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya..


Terima kasih kerana sudi membaca.

Selamat beramal ! 

(Sila tegur jika saya ada silap) 

Assalamualaikum, fi hifzillah ! 

Kenapa Perlu Membaca AL-QURAN Walau Tidak Memahaminya (Kisah Menarik)


Hai kawan. Hari ni saya nak kongsi satu cerita.
Tadi dok tengok2 cerita kat facebook, ternampak satu cerita.
Haa, dari kita baca takde faedah tu, jom la baca satu cerita ni.
Saya hanya sekadar berkongsi. Semoga bermanfaat. :)

Mengapa Perlu membaca Al-Quran, walaupun kita tidak memahaminya? Jangan tak tau. Ade juga mereka yang jarang menyelitkan aktiviti baca quran dalam diari harian. Dengan pelbagai alasan. Alasan tak faham maksud ni pon memang femes laa kan. Oleh itu. meh kite baca sesama. moga dapat dapat menjadi pengajaran dan menjadi iktibar pada kita. =) 

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Mengapa kita perlu membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca? Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuknya dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya. 

Pada suatu hari cucunya bertanya, 

"Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?"

Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, 

"Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air." 

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. 

"Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang," 

Dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, 

"saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya."

Dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi. Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya, 

"Tengok Atuk, tak guna!" 

"Jadi anda fikir ianya tidak berguna?" Orang tua itu berkata," 

"tengok guni itu." 

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

"Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita." :)

Terima kasih sudi membaca entry saya kali ini. :) 

Wasiat Imam Syafie kepada muridnya sebelum kembali ke ramatullah.

Bismillahirahmanirahim.
Hari ni, saya kongsi satu artikel yang saya ambil dari rakan facebook saya.
:)
  SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. 

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara." 

(1) PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 

(2) KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

(3) KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. 

(4) KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

)5) KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERAKA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan. 

(6) KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah. 

(7) KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak. 

(8) KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat. 

(9) KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah. 

(10) KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Wallahualam,   Tegur jika saya silap. 

Terima kasih sudi baca   

Si Lurus & Si Kaca Mata


Bissmillahirahmanirahin.
Today I want to share a story.
Actually, ini cerita saya copy paste di satu page di facebook. :)
Jadi marilah baca kisah dibawah. Enjoy yah! ^^

   Kisah ini mengenai dua sahabat. Si lurus dan si kacamata.

Kisah ini bermula dengan pertemuan di laman sosial. Berjumpalah si lurus dengan si kacamata. 

"Assalamu'alaikum sedara. Salam ukhwah fillah. Semoga jadi sahabat ke Syurga ya?" kata si lurus. Si lurus sangat suka menambah kenalan.

Katanya mahu belajar agama dengan orang yg lebih ariff. Setiap yg dikenali mesti dimulakan dengan ucapan "Salam ukhwah fillah" ataupun salam ukhwah kerana Allah. Sesiapa yg nampak arif mengenai agama, mesti si lurus mahu berkenalan. Lagi rancak kalau orang itu popular.

Suatu hari, si lurus mengajak si kacamata untuk keluar ke masjid untuk mengikuti program agama. Dalam hati si lurus, "Mesti si kacamata ni pakai jubah, serban, rida'. Hidupkan sunnah. Bangga aku keluar dgn dia nti. Semua mesti pandang aku baik sbb keluar dengan orang yg baik. Sukanya! Mesti ramai awek nak jd kan aku imam dia."

Sepanjang hari tu, si lurus banyak mendiamkan diri daripada bercakap dengan si kacamata. Si lurus hanya mendiamkan diri dan bila dia terlihat kawan dia lalu, terus dia pergi meninggalkan si kacamata.

Pelik, si kacamata berasa sangat hairan sedangkan di laman sosial, sangat petah si lurus ni bercakap. Lalu dia pun bertanya, "Kenapa membisu?"

Katanya dlm hati, "Baik aku lepak ngan kawan jubah ni dr lepak dgn dia. Buat malu aku je." Tapi hancur harapan si lurus apabila melihat si kacamata hanya berpakaian tshirt dan jeans sahaja. "Kata alim, tp tak hidupkan sunnah." Ternyata selepas itu si lurus tidak lagi berhubung dengan si kacamata.

Walaupun berpuluh chat masuk, namun tiada satu yg dibalas. Lalu si kacamata menghantar satu msg yg berbunyi,


 "Wahai saudaraku, aku tahu akan kenapa kau membisu pada hari tu sehingga kini. Ini kerana aku berpakaian tidak seperti yang kau jangkakan. Mesti kau fikir aku ni berjubah, beserban sebagainya. Kau mesti kecewa tengok aku berpakaian biasa pada haritu kan? Wahai sahabat, adakah ukhwah ni terletak pada pakaian? Kau katakan ukhwah fillah, dan senang kau taburkan ayat itu seakan ukhwah ni satu mainan. Adakah ukhwah ni terletak pada fizikal semata? Pakaian semata? Itu semua luaran kan wahai saudara? Kalau ukhwah itu kerana Allah, kau tak akan kisah dengan pakaian aku. Ya, aku hidupkan sunnah, tp aku hanya menguji sejauh mana ukhwah kau. Banyak sunnah Rasulillah, tp mengapa hanya dgn berjubah, beserban itu sahaja kau katakan aku tidak hidupkan sunnah? Wahai saudara, jangan permainkan ukhwah ini. Kau kata kekal hingga Syurga, tp manakah kata kata itu? Cuma aku boleh pesan, jangan jadikan ukhwah sebagai mainan. Sebab itu berkaitan dgn perasaan juga. Perasaan berkawan. Tidak mengapalah saudara, kau suka akan kawan yg berjubah semua, lalu kau tinggalkan aku seorang diri. Aku maafkan. Jangan risau. Kita bertemu kerana Allah, berpisah kerana Allah. Aku redha dan terima kasih saudara. Aku gembira sepanjang ukhwah ni. Salam'alaik"

Terdiam si lurus membaca segala ayat si kacamata tu. Selepas tu, satu demi satu kawan 'ukhwah fillah' si lurus meninggalkan dia. Kenapa? Sebab si lurus membuat perkara yg sama mcm si kacamata buat pada dia. Menguji sejauh mana keikhlasan mereka berkawan dgn dia.

Baru si lurus sedar, apa yg dia lakukan salah. Lalu dia menghantar msg kepada si kacamata. "Saudara, baru sekarang aku tahu apa yang kau rasa. Aku pun lakukan perkara yg sama seperti kau lakukan pada aku. Ternyata memang ramai yg memperlekehkan ukhwah yg mereka katakan itu. Maafkan aku saudara. Sepatutnya kita saling membimbing, bukan menghukum. Aku sedar, kau lah sahabat sejati. Harap kau mampu maafkan aku. Aku sedar salah aku. Harap kita mampu betulkan balik ukhwah kita."

Namun, tiada satu pun mesej yg dibalas. Sedih, tapi si lurus hanya bersangka baik dan teruskan berdoa agar si kacamata kembali. Namun hampa, tiada jawapan dari si kacamata sehingga suatu hari, sedang si lurus sedang membaca Al Quran, ada masuk satu notification.

Gugur jantung si lurus membaca, kerana sahabat dia sudah kembali dijemput Allah. Menangis si lurus. Baru dia sedar, pedihnya kehilangan. Terngiang mesej mesej dia dahulu dengan si kacamata. Betapa indahnya ukhwah mereka dahulu, namun kerana salah langkah, dia hilang segalanya.

Semenjak dr haritu, si lurus tak putus doa akan si kacamata agar dirahmati Allah selalu. Dia sedar, ukhwah bkn lg mainan. Sahabat itu bukan kerana pakaian, tp kerana niat ikhlas utk mengikat ukhwah kerana Allah. Bukan dgn kata kata kosong.

Sahabat, kau lah teman. Nasihat kau akan aku tanam dalam hati.Semoga dapat dijadikan pengajaran sedikit sebanyak dr kisah ni. Semoga bermanfaat.

Alhamdulillah, syukran sudi membaca. Kalau ada yg nak berkongsi pengajaran pun boleh. Dialu alukan 

Upload gambar di laman sosial.



Hai semua.

Hmm... weiii aku nak gtau sesuatu ni. Pasal kawan aku ni lah.
Nak tahu pasal apa. T_T



  Ni, pasal upload2 gambar kita ke laman sosial.. Hm, korang penah ke upload gambar korang ke laman sosial ni? Ade yang pernah kn. Hm, mula2 aku nak nasihat, jangan lah terlalu asyik memuat naik gambar2 kita ke laman sosial ni. Ada buruknya jugak taw. Yelah takut nanti orang curi gambar kita then, dorang buat perkara yang tak senonoh. Maybe lah. Itu nasihat je. Sebab apaa.. :'( aku dah terkena tahu! Hurm, bukan nak cakap besar lah pulak. Tapi sedang kn gambar aku yang pakai tudung nampak muka je pon aku dah rase laen. Ni kalau orang yang post tak tutup aurat ni. Huh, kalau kita dah sedar. Betapa menyesal nya kita upload pic kita ke laman sosial ni.


  Sebenarnya, aku nak cite pasal aku. T_T huhu yelah, sekarang baru aku sedar. Aku ade lah jugak upload gambar aku. Contoh nya untuk buat profile picture, bagi orang kenal kita kan. Tapi aku private kan gambar aku tu. Aku tak public! Dulu2 yelah aku selalu post gambar aku. Nasib baik lah masa dulu friend facebook aku sikit lagi. Tapi sekarang dah ramai kn, aku tak dedah kn muka aku. Kalau nk letak gambar pon, aku crop kn skit jgn bagi nampak muka. Tapiiiiii........... aku menyesal wehh!! Kawan aku ni.. Kan dlu aku upload gambar aku, pastu dia ada gtaw kat aku dia ade ambil pic aku, kirakan dia download lah then dia letak kat facebook dia. Dah lah public pulak tu! Huhh bengang gila.. Aritu aku dah suruh dia padam dah. Tapi tadi aku tengok ada lagi muka aku. Ya Allah.. Menyesal nya.. Sekarang ni aku takde dah upload2 gambar muka aku. 


  Hurm.. Ye, aku tahu menang salah aku pon kan. Ape perkara yang buruk berlaku itu semua dari kesilapan kita. Hm, dan sekarang aku dah sedar. Dan aku harap kawan aku delete lah pic aku aku.. T_T .. tu sebab aku nasihat kn kamu-kamu semua jangan lah upload gambar korang. Bahaya jugak taw. Itu je nak gtaw. Dan hari tu kn, aku ada lah stalk satu facebook sorang hamba Allah ni.. Haa hambikk! Lagi lah siap pakai niqab lagi tu. aku tengok2 gambar dia.. Ade satu tu sorang pakai purdah. Then, ada orang komen.. Tuan punya gambar tu komen. Dia suruh pemilik fb tu delete pic dia yang pakai purdah tu. tapi pemilik facebook tu buat tak endah je dengan komen hamba Allah tu.. Kesian kat dia.. Tu lah padah upload pic kita. Kadang orang guna tak mintak izin. Tapi kalau tak minta izin pon, hormat la sikit kn. Sekurang-kurangnya private kn lah pic tu. Hm.. Nak kejar HOT ke ?! huhu


Itu lah dia.. Dan aku harap sangat yang kawan aku ni dia padam pic aku tu.. Harap sangat3! Hurm. Kalau dia tak nak padam gak. Tak tahu lah nak buat apa. Berdoa jelah lembut kan hati dia suh padam. :'( Kalau dia kawan kita, dia takkan buat kita camtu kan? ALLAH....! T_T 


Itu je aku nak gtaw malam ni.. Huhuhu ok bye! Assalamualaikum dan selamat malam! 

Thanks for reading!

Ukhwah Fillah Abadan Abada ! ^-^




Bismillahirahmannirahim.

Assalamualaikum ya akhi wa ukhti. 
Sehat kah? Eh ada stalker ke blog aku ni?
Hahaha , tak penting janji ade gak sorang 2 baca. hihi

   Mulannya malam ni tak nak update apa. Tup tup, terfikir ade satu idea! Haha. Nak tahu apa? hehe pasal ukhwah. ;) Yess.. Siapa yang aku nak menceritakn ni.. Hihi tapi ini satu coretan hati lah kn.. :D

   Ada seorang hamba Allah ni. Aku intro kan jap. Nama dia Ummi Lilyana Nadia Binti Abdul Manaf. Yeah. Ingat nama dia ! Haha korang nak tahu ke siapa kah si gerangan itu ? Cewahh.. Ni dia aku kenal kat facebook dlu taw. Kira kan dia ni aku panggil dia kakak lah. Aku anggap dia sahabat aku, kawan aku, dan juga kakak aku. :) Dan mula nya kami boleh kenal ni nk tahu macam mana? Mula-mula dlu aku add dia kat facebook. Aku ingt lagi masa dia approve aku, dia send im kat aku.. aku facebook ada dua taw. haha. Yang pertama aku add guna account pertama aku.. Dia hantar kat aku, dia cakap thanks add la.. Pastu kami intro2. Hahaha, mula2 aku macma pelik skit. Yela mula2 kenal kan.. Heee.. Aku tengok macam peramah je. Hehe. Aku pon layan jelah kakak aku ni.. Erm aku panggil dia kakak.. Hihihi

  Then, dah lama kami chating2 kat facebook. Aku dah deactive account pertama aku tu.. Masa tu, aku tak berapa rapat lagi lah dengan kakak tu.. Aku buat account kedua.. Sebab account pertama aku tu , aku malas nak guna. Sebab........ Hahaha *biarlah rahsia* Lepas tu aku dah ade account kedua, aku tak kenal lagi. Aku macam tak add dia lah kn. Hehe *jangan marah*.. Pastu aku tengok ade pulak tentera facebook akak tu, aku tengok, aku pon add lah. hehe dia approve. Pastu aku lupa aku tegur dia ke tak.. Rasenye tegur.. Hehe dah lama kan.. Lupa dah. Then, kami sembang2 lah. Aku sembang macam biasa. Hahaha malu-malu lagi. Hihi Tapi aku tengok dia releks je dengan aku. Cewah. Hahaha.. 

   Dah lama makin lama.. Aku selalu minta pendapat dia kalau ada pape taw. Haaa , sejak dari tulah, aku dah biasa dengan dia.. Aku tahu, setengah orang ade cakap "tak yah lah percaya sangat orang yg kenal kat alam maya ni. Bukan boleh percaya. bla bla bla." Tapi aku rasa takde pape pon dengan kakak ni. Yelah, memang betul aku dengan dia tak pernah jumpa. Cuma dalam facebook je. Tapi aku yakin kakak ni boleh dipercayai lah. Hee, dan aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri. :') Dia selalu paham aku. Dan dia selalu bagi nasihat kat aku. Dan aku harap satu hari nanti kitorg  akan berjumpa jugak. InsyaAllah. Dan aku pun selalu bagi pendapat dengan dia. Hehe saling berkongsi ilmu ni kn. 

  Dan, aku tahu.. Kakak ni baek orang nya. Hehehe. Aku teringin lorh nk jumpa dia. Dan aku selalu doakan dia supaya bertemu jodoh awal. Hehe sama-samalah kita doakan rakan-rakan kita ya.. ^^ Alhamdulillah, Allah pertemukan aku dengan orang yang baik-baik je selama ni untuk menegur kesalahan aku dan bagi aku nasihat. :) Bersyukur sangat. 

  Ape pun, kalau aku dan dia takkan dapat berjumpa, or terpisah ke.. Dia selalu dalam hati aku. Orang-orang yang aku sayang semua ada dalam hati aku. Hihihi.. Dan aku berdoa jugak semoga dia lah sahabat aku di dunia dan di akhirat! Dan aku harap kita sama-sama berjiran di syurga nanti.. :') InsyaAllah..... Amin..






  Di sini sahaja coretan aku. Thanks for reading...!

Kenapa celcom ni suka tarik duit.. Apa masalahnya?!


Hai readers , selamat petang :D huhu
Lama tak update.. Yelah kan, takde mood la pulak..
Sementara aku ada mood ni, baik aku share something ngn kome.,
Haha sungguh sejuk cuaca hari yea? *tetiba*

    Okehh semua ! Entry kali ni aku nk cite pasal celcom ni.. sape sini pakai celcom? ce angkat tangan.. Haha. oke2 jgn membuang masa.. Kome yang mana pakai celcom tu pernah tak kome isi topup pastu tetiba check2 balance tinggal sen2 je atau tinggal bape ringgit je.. Huhh yang mana pernah kena tu mesti bengang gila kan?! Aku pon pernah kena.. Haha pasal pernah kena tulah aku nk kabo ni.. hihi ..

   Haritu kan, aku isi topup rm5 taw.. Oke pastu dah isi tu tahu2 jelah kn adat celcom klo dah meminjam tu cepat je tarik duet nya. Haha dua ringgit.. Hm, pas dia tarik 2 ringgit tu duet aku ada lagi tinggal 3 ringgit kan.. Lepas tu, macam dah lama bape jam tu, aku try check balance.. Aku check2 ce teka duet aku tinggal bape? tinggal seringgit je tau! Perghhhh......!! memang lah waktu tu aku dah berapi dah.. Eeee...  Dan itu bukan kali pertama dah banyak kali dah!! Hurghh.. Sabar jelah.. 

   Ni yang aku rase nak patah2 je sim kad tu.. Nak buang rase sayang pulak.. Sebab aku punya tu plan S.O.X yang jimat punya dan tahan lama.. Klau isi topup tu dia takde bagi tempoh pon.. tunggu umur aku 24 baru tamat tempoh.. Huhu tu yang aku sayang.. Murah dah murah dah.. Hurm.. 

   Then, satu hari tu aku ade chating2 dengan sorang kakak kat dalam facebook tu.. Aku sembang2 pasal celcom suka tarik duet ni, dia pon kabo kat aku pergi call 1111.. Dia bagi tahu sebab dia pon pakai celcom.. Dan dia pon alami tragedi itu! Hahaha.. pastu aku cakap kat dia oke thanks la bgi tahu.. haha aku nak call tapi segan pulak.. Haha padahal bukan nya operator tu tahu muka kita pon kan.. haha cuma dengar suara je.. Tapi entah aku malu pulak.. Hahaha.. Dah lama dah nak call.. Tapi tak call2 pon lagi.. yelah aku nak ckp segan.. Aku soh kakak aku yang ckp, dia pulak tak nak.. Aiyoo macam mana ni?! Haha dah lama tu , aku ckp la kat dia, tolong la ckp dengan operator tu. aku merayu kat dia masa tu.. Haha buat suara tragis skit.. Then aku cakap kat dia kalau tolong ckp aku bagi upah.. Haha pergh tolong cakap je pon.. haha bukan susah.. Cehh! Dia pon setuju lah.. Haha nasib baik lahh.. Huhh lega.. hahaha 

   Masa yang dia nak cakap tu , aku punya lah tak tahan nak gelak.. Hahha entah pasal apa.. hihi dan pastu ade la operator tu angkat dia ckp dgn kakak aku.. Aku pulak yang terlebih cuak. kakak aku relek je tengok.. Hihi.. dah call tu , kakak aku ckp, ckp, ckp dgn dia... Kakak aku bagi tahu yang ada "pihak ketiga" yang ambil duet aku! Huhh.. Pastu dia cakap aku punya num ni takde masalah pon dengan celcom.. Lega skit.. sbb aku penah langgan satu ni tapi aku dah stop.. Haha sebelum ni takde pon aku langgan pape dia tetap tarik jugak.. Oh rupa nya ade pihak ketiga tu lah.. Ishh bengang betol la.. *cewah* 

  Tapi masa tu belum settle lagi taw! Operator tu cakap sila hubungi kami pada malam nanti sebab waktu tu rangkaian pihak ketiga tu ade problem ape entah.. Dah malam tu, dalam pukul 8 p.m aku call lagi.. Perghh lambat gila nak angkat.. Takde orang je nk angkat.. Dah last2 minit tu ade orang angkat.. kakak aku bagitahu lah ape masalah nya tmacam tadi.. sebab suka tarik kredit dalam senyap2 kan.. Pastu dia suh call dalam 3 jam lagi.. LOL ni yang lagi hangin.. Hishh susah sangat pon! Tergendala lah, itu la.. kakak aku cakap esok jelah call.. Kalau esok pon tergendala lagi memang nak kena lah si celcom ni.. Hahaha

   Dah esoknya call lagi.. Alhamdulillah nasib baek ade org angkat.. Operator tu lelaki.. Hikhik -.- kakak aku ckp.. haha.. Kakak aku jelas kn lah lagi sekali.. ape masalah nya kan, pastu operator tu dia bagi lah nombor2 yang nak suruh hentikan benda alah tu.. Mula2 dia suruh send STOP INSTA ke 29999 .. aku pelik lah.. Aik masa bila aku langgan benda alah ni? Padahal phone aku bukan nya smartphone pon.. Hurm.. Enset pon 3310 mana datang nye nak ber insta2?! -.- Haissehh.. Dan langkah kedua dia suh sen kat nombor ni pulak.. STOP MMS ke 33029 .. Haa yang ni memang! Aku selalu dapat mesej multimedia tau.. Tapi tak dapat pon isi kandungan nya.. Kata gagal bagai.. Tapi duit aku dah hilang.. -_- huhuhu

   Kakak aku gtau kalau hantar tu , dalam masa 24 jam dia akak batal kan semua tu.. Tapi yang mula2 tadi cepat je dia hentikan.. Oh ya, dah la nak send ke nombor tu kena 15 sen.. aku ni dah la takde kredit.. aku g topup 5 ringgit.. aku kirim topup kat abg aku.. Yang abang aku ni pon satu lagi masalah.. Dia pergi nya share kredit tu ke phone aku.. Cohtohnya dia masuk topup 5ringgit tafi tu ke enset dia pastu dia share ke aku.. Bila dia share macam tu, dia tak tarik duit taw.. Bukan nak suh dia tarik.. tapi kita tak tahu lah dia potong ke tak duet tu.. Dan sekarang ni , duet yang aku pinjam tu pon celcom tak tarik lagi.. ergh keliru tol lah..hmm

  Then hantar ke nombor yang kedua tu, dia takde bagi mesej pape pon.. Takde tindak balas.. Hoho.. kakak aku ckp dia proses dlm 24 jam.. aku tunggu lah esok, tetap takde jugak mesej dia balas. hurmm.. aku dah risau.. Kakak aku gtau klo dia tak balas tu mungkin aku takde masalah lah kot dengan pihak tu.. Aku pon ooooo kan jelah.. hmm lantak lah.. pasni aku nak try topup macam biasa, nk tgok dia tarik lagi tak.. Harap2 tak dah lah.. huhuhu... 

Celcom yang suka makan duit orang! 
Hahaha




Oke, ni jelah aku nak kongsi.. Kalau korang pon kena camtu, pergi la try call operator tu.. In Shaa Allah selesai dah masalah korang tu.. heee..

Thanks for reading.. :)

Pesawat MH370

                             

Bissmillahirahmanirahim..
Hai semua.. 

Semalam 8/3/2014 
Malaysia telah digemparkan berita pesawat MH370 telah hilang..
Pesawat tu nk terbang ke Beijing..
Dan katanya telah hilang tak dijumpai.


Allah... Terkejut jugak aku dengar berita tu..

Hari ni, aku bukak facebook & twitter, kat timeline semua nya cerita pasal MH370. Semua pakat berdoa.. Yelah tak salah , tapi kalau doa di tikar sembayang mesti lebih bagus. Apa pun kita doakan yang terbaik untuk mereka semua.. Walau pun tiada ahli keluarga aku dalam tu, aku turut simpati lah dengan kejadian tu.. Kesian lah dekat ahli keluarga yang berada dala kapal terbang tu..

Then, tadi ade orang post satu gambar kat aku, nama dia entah la dah lupa. Dia dok salah kn pilot pulak.. Pastu dia kaitkan dengan politik..Ya Allah.. Waktu macam ni pon masih nak bergaduh ke? Kita tak boleh nak salahkan sesiapa.. Kalau Allah kata "ya" maka jadi lah ia.. Kita tak boleh nk buat ape dah.. Dan mungkin kejadian ni ade hikmah disebaliknya.. Rancangan Allah lebih baik.. Pape pon kita jangan berhenti doakan supaya saudara-saudara kita kat sana pulang dengan selamat.. 

Aku pon tak tahu nak kata apa.. Ini je kot coretan aku harini.. 






LA TAHZAN , INNALAAHA MA'ANA.

JANGAN SEDIH, ALLAH BERSAMA KITA.


Thanks for reading...