MyOnlineDiary.

Diriku tidak sempurna seperti malaikat, tapi aku cuba jadi yang terbaik di sisiNya. Jika aku buat silap, jangan pandangku macam Ahli Neraka. :(

♡ My Diary ♡

Wasiat Imam Syafie kepada muridnya sebelum kembali ke ramatullah.

Bismillahirahmanirahim.
Hari ni, saya kongsi satu artikel yang saya ambil dari rakan facebook saya.
:)
  SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. 

Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara." 

(1) PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 

(2) KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

(3) KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. 

(4) KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

)5) KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERAKA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan. 

(6) KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah. 

(7) KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak. 

(8) KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat. 

(9) KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah. 

(10) KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Wallahualam,   Tegur jika saya silap. 

Terima kasih sudi baca   

Si Lurus & Si Kaca Mata


Bissmillahirahmanirahin.
Today I want to share a story.
Actually, ini cerita saya copy paste di satu page di facebook. :)
Jadi marilah baca kisah dibawah. Enjoy yah! ^^

   Kisah ini mengenai dua sahabat. Si lurus dan si kacamata.

Kisah ini bermula dengan pertemuan di laman sosial. Berjumpalah si lurus dengan si kacamata. 

"Assalamu'alaikum sedara. Salam ukhwah fillah. Semoga jadi sahabat ke Syurga ya?" kata si lurus. Si lurus sangat suka menambah kenalan.

Katanya mahu belajar agama dengan orang yg lebih ariff. Setiap yg dikenali mesti dimulakan dengan ucapan "Salam ukhwah fillah" ataupun salam ukhwah kerana Allah. Sesiapa yg nampak arif mengenai agama, mesti si lurus mahu berkenalan. Lagi rancak kalau orang itu popular.

Suatu hari, si lurus mengajak si kacamata untuk keluar ke masjid untuk mengikuti program agama. Dalam hati si lurus, "Mesti si kacamata ni pakai jubah, serban, rida'. Hidupkan sunnah. Bangga aku keluar dgn dia nti. Semua mesti pandang aku baik sbb keluar dengan orang yg baik. Sukanya! Mesti ramai awek nak jd kan aku imam dia."

Sepanjang hari tu, si lurus banyak mendiamkan diri daripada bercakap dengan si kacamata. Si lurus hanya mendiamkan diri dan bila dia terlihat kawan dia lalu, terus dia pergi meninggalkan si kacamata.

Pelik, si kacamata berasa sangat hairan sedangkan di laman sosial, sangat petah si lurus ni bercakap. Lalu dia pun bertanya, "Kenapa membisu?"

Katanya dlm hati, "Baik aku lepak ngan kawan jubah ni dr lepak dgn dia. Buat malu aku je." Tapi hancur harapan si lurus apabila melihat si kacamata hanya berpakaian tshirt dan jeans sahaja. "Kata alim, tp tak hidupkan sunnah." Ternyata selepas itu si lurus tidak lagi berhubung dengan si kacamata.

Walaupun berpuluh chat masuk, namun tiada satu yg dibalas. Lalu si kacamata menghantar satu msg yg berbunyi,


 "Wahai saudaraku, aku tahu akan kenapa kau membisu pada hari tu sehingga kini. Ini kerana aku berpakaian tidak seperti yang kau jangkakan. Mesti kau fikir aku ni berjubah, beserban sebagainya. Kau mesti kecewa tengok aku berpakaian biasa pada haritu kan? Wahai sahabat, adakah ukhwah ni terletak pada pakaian? Kau katakan ukhwah fillah, dan senang kau taburkan ayat itu seakan ukhwah ni satu mainan. Adakah ukhwah ni terletak pada fizikal semata? Pakaian semata? Itu semua luaran kan wahai saudara? Kalau ukhwah itu kerana Allah, kau tak akan kisah dengan pakaian aku. Ya, aku hidupkan sunnah, tp aku hanya menguji sejauh mana ukhwah kau. Banyak sunnah Rasulillah, tp mengapa hanya dgn berjubah, beserban itu sahaja kau katakan aku tidak hidupkan sunnah? Wahai saudara, jangan permainkan ukhwah ini. Kau kata kekal hingga Syurga, tp manakah kata kata itu? Cuma aku boleh pesan, jangan jadikan ukhwah sebagai mainan. Sebab itu berkaitan dgn perasaan juga. Perasaan berkawan. Tidak mengapalah saudara, kau suka akan kawan yg berjubah semua, lalu kau tinggalkan aku seorang diri. Aku maafkan. Jangan risau. Kita bertemu kerana Allah, berpisah kerana Allah. Aku redha dan terima kasih saudara. Aku gembira sepanjang ukhwah ni. Salam'alaik"

Terdiam si lurus membaca segala ayat si kacamata tu. Selepas tu, satu demi satu kawan 'ukhwah fillah' si lurus meninggalkan dia. Kenapa? Sebab si lurus membuat perkara yg sama mcm si kacamata buat pada dia. Menguji sejauh mana keikhlasan mereka berkawan dgn dia.

Baru si lurus sedar, apa yg dia lakukan salah. Lalu dia menghantar msg kepada si kacamata. "Saudara, baru sekarang aku tahu apa yang kau rasa. Aku pun lakukan perkara yg sama seperti kau lakukan pada aku. Ternyata memang ramai yg memperlekehkan ukhwah yg mereka katakan itu. Maafkan aku saudara. Sepatutnya kita saling membimbing, bukan menghukum. Aku sedar, kau lah sahabat sejati. Harap kau mampu maafkan aku. Aku sedar salah aku. Harap kita mampu betulkan balik ukhwah kita."

Namun, tiada satu pun mesej yg dibalas. Sedih, tapi si lurus hanya bersangka baik dan teruskan berdoa agar si kacamata kembali. Namun hampa, tiada jawapan dari si kacamata sehingga suatu hari, sedang si lurus sedang membaca Al Quran, ada masuk satu notification.

Gugur jantung si lurus membaca, kerana sahabat dia sudah kembali dijemput Allah. Menangis si lurus. Baru dia sedar, pedihnya kehilangan. Terngiang mesej mesej dia dahulu dengan si kacamata. Betapa indahnya ukhwah mereka dahulu, namun kerana salah langkah, dia hilang segalanya.

Semenjak dr haritu, si lurus tak putus doa akan si kacamata agar dirahmati Allah selalu. Dia sedar, ukhwah bkn lg mainan. Sahabat itu bukan kerana pakaian, tp kerana niat ikhlas utk mengikat ukhwah kerana Allah. Bukan dgn kata kata kosong.

Sahabat, kau lah teman. Nasihat kau akan aku tanam dalam hati.Semoga dapat dijadikan pengajaran sedikit sebanyak dr kisah ni. Semoga bermanfaat.

Alhamdulillah, syukran sudi membaca. Kalau ada yg nak berkongsi pengajaran pun boleh. Dialu alukan