MyOnlineDiary.

Diriku tidak sempurna seperti malaikat, tapi aku cuba jadi yang terbaik di sisiNya. Jika aku buat silap, jangan pandangku macam Ahli Neraka. :(

♡ My Diary ♡

DOA SELAMAT : Dalam tulisan rumi

                                     

Doa Selamat dalam tulisan rumi. :)

Bismillahirahmanirahim..


                                            Allahumma innaa nas aluka salaamatan fiddin, 
wa'aafiayahtan fil jasadi, wa ziyaadatan fi'ilmi, wa 
barakatan fir rizqi, wa taubatan qablal maut, wa
rahmatan'indal maut, wa maghfiratam ba'dal maut. Allahuma 
hawwin 'alainaa fii sakaraatil maut, wannajaata minan naar, wal 
'afwa 'indal hisaab. Rabbana la tuzigh qulubanaa ba'da idz
hadaitanaa wa hab lamaa milladun ka rahmatan innaka
antal wahaab. Rabbana aatina fidun-yaa hasanataw wa fi' 'aakhirati
hasataw wa qinaa 'adzaa banaar.


Maksudnya :


Ya Allah! Aku memohon kepada Engkau
keselamatan dalam agama, kesihatan dalam
tubuh, bertambah ilmu, keberkatan dalam rezeki, 
taubat sebelum mati, dan keampunan sesudah mati.

Ya Allah! Mudahkanlah kamu ketika menghadapi
sakaratul maut, lepaskanlah dari api neraka, dan 
mendapat kemaafan ketika dihisab. Ya Allah,
janganlah Engkau gongcangkan (bimbangkan)
hati kami setelah mendapat petunjuk, berilah kamu rahmat
disisi Engkau, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.
Ya Allah Tuhan Kami, berilah kami kebajikan di dunia, kebajikan
di akhirat peliharalah kami dari azam api neraka.
Amin.


 

Sharing is caring. ^^,

Thanks for reading...



Asmaul Husna : 99 Nama Allah

                                  

Bismillahirahmanirahim. 

Asmaul Husna

Dari Abu Hurairah r.a bahawa 
Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya Allah SWT mempunyai 99 nama.
Barangsiapa yang menghafalnya akan masuk syurga."
Riwayat Bukhari, Muslim & Tarmidzi.

Allah SWT mempunya Asmaul Husna
(nama-nama yang indah), maka memohonlah
kepadaNya dengan menyebut Asmaul Husna.
(Surah Al-A'raf, ayat 180)
Sesungguhnya disebalik setiap nama dalam
Asmaul Husna terdapat misteri yang sangat
dalam dan lias yang berada diluar
jangkauan manusia.

Allah SWT akan mengabulkan keinginan seorang 
hamba yang berdia sambil menyebut namaNya 
sesuai dengan misteri yang terkandung 
di dalam nama tersebut.


YA ALLAH

Allah Lafzhul Jalalah, Nama Yang Maha Agung 
& Maha Mulia. 5000x dengan kusyuk, tertib, 
kebersihan rohani untuk dekat pada Allah SWT
setiap hari.

01) YA RAHMAN (Maha Pemurah)

500x sesudah solat 5 waktu, maka hati kita akan 
menjadi ternang, tidak pelupa dan rasa gugup
akan hilang dengan izin Allah.

02) YA RAHIM (Maha Penyayang)

100x setiap hari, insyaAllah kita akan mempunyai daya 
penarik hingga manusia merasa cinta dan kasih
serta sayang terhadap kita, juga memberi kemudahan.

03) YA MALIK (Maha Merajai / Perintah)

121x setiap pagi, segala perkejaan yang dilakukan
setiap hari akan mendatangkan berkat dan
kekayaan yang diredhai Allah.

04) YA QUDDUS (Maha Suci)

100x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati 
kita akan terjaga dari semua penyakit hati
seperti sonbong, iri hati, dengki, dan lain-lain.

05) YA SALAM (Maha Penyelamat)

136x, insyaAllah jasmani dan rohani kita akan
terhindar dari segala penyakit sehingga badan
menjadi segar dan sejahtera.

06) YA MU'MIN (Maha Memelihara Keamanan)

236x, InsyaAllah diri kita, keluarga dan segala kekayaan
yang dimiliki akan terpelihara dan aman dari segala macam 
gangguan yang merosakkan.

07) YA MUHAIMIN (Maha Memelihara)

145x sesudah solat fardhu Isyak, InsyaAllah fikirkan
dan hati kita akan terpelihara serta 
menjadi terang dan bersih.

08) YA 'AZIZ (Maha Memilihara)

40x sesudah solat subuh, insyaAllah kita akan menjadi orang
yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
Juga akan mendapat pertolongan.

09) YA JABBAR (Maha Perkasa)

226x pagi dan petang, semua, musuh akan
menjadi tunduk dan patuh dengan izin Allah.

10) YA MUTAKABBIR (Maha Megah)

Dibaca dengan sebanyak banyaknya, maka dengan
 kebijaksanaan bertindak, akan menundukkan
semua musuh.

11) YA KHALIQ (Maha Pencipta)

731x, insyaAllah yang ingin otak cerdas,
cepat menerima sesuatu pelajaran, amalan ini
akan memberikan otak kita cerdas.

12) YA BARI' (Maha Membebaskan)

100x selama 7 hari berturut-turut (sewaktu menderita sakit),
insyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran dan sembuh
dari penyakit tersebut.

13) YA MUSAWWIR (Maha Pencipta)

Suami isteri yang belum mempunyai anak, berpuasa 7 hari
(si isteri), dan 3 hari (si suami).
Sewaktu berbuka, baca sebanyak 21x.

14) YA GHAFFAR (Maha Pengampun)

100 kali sambil menunggu waktu solat jumaat,
InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa yang terdahulu.

15) YA QAHHAR (Maha Menguasai)

Dibaca mengikut kemampuan, maka hati kita akan dijaga dari
ketamakan dunia dan insyaAllah orang
yang selalu memusuhi kita akan sedar dan tunduk akhirnya.

16) YA WAHHAB (Maha Pemberi)

100 kali sedusah solat fardhu, barang siapa yang
selalu didalam kesempitan, insyaAllah segala kesulitan
dalam soal apa pun akan hilang.

17) YA RAZZAQ (Maha Pemberi Rezeki)

Mengikut kemampuan sesudah solat fardhu, insyaAllah
akan dipermudahkan rezeki yang halal
dan membawa berkat.

18) YA FATTAH (Maha Pembuka)

71 kali sesudah selesai solat subuh, insyaAllah
hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga
menerima nasihat agama.

19) YA 'ALIM (Maha Mengetahui)

100 kali setiap kali selesai solat Maktubah, InsyaAllah
kita akan mendapat kemakrifatan yang
sempurna.

20) YA QAABIDH (Maha Penggengam)

100 kali setiap hari, maka dirinya akan semakin
dekat dengan Akkah dan terlepas dari
segala bentuk ancaman.

21) YA BAASITH (Maha Pelapang Hidup)

10 kali selesai solat Dhuha, Allah akan kurniakan rezeki
yang tidak putus-putus dan ditambah
ilmunya ( dimurahkan rezeki oleh Allah)

22) YA KHAFID (Maha Menjatuhkan)

500 kali dengan kusyuk dan tawaduk, insyaAllah
akan terlindung daripada perbualan jahat
dan hajat dimakbulkan.

23) YA RAAFI (Maha Tinggi)

70 kali setiap hari, insyaAllah keselamatan harta
benda akan selamat dan terhindar dari
kecurian.

24) YA MU'IZ (Maha Pemberi Kemuliaan)

140 kali sesudah solat isya', InsyaAllah akan memperolehi
kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua
jabatan atau perniagaan
(dihormati)

25) YA MUDZIL (Maha Menghinakan)

Jika sukar untuk meminta hutang, insyaAllah si penhutang sedar
dan membayar kembali.

26) YA SAMI' (Maha Mendengar)

100 kali setiap khamis sesudah solat Zohor tanpa
diketahui orang lain, akan dimakbulkan.

27) YA BASIR (Maha Melihat)

100 kali sebelum solat jumaat , insyaAllah kita akan terang hati
selalu diberi hidayah.

28) YA HAKAM (Maha Menghukum)

68 kali pada tengah malam, insyaAllah dapat
membuka hati dan mudah menerima
ilmu agama.

29) YA ADL (Maha Adil)

104 kali setiap hari sesudah solat 5 waktu,
insyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

30) YA LATIFF (Maha Lembut)

Memperbayakkan zikir mengikut kemampuan,
insyaAllah kita akan dibukankan pintu
rezeki.

31) YA KHABIR (Maha Waspada)

Diamalkan mengikut kemampuan, insyaAllah akan dihindarkan
dari perbuatan orang yang zalim
dan diperbaiki sifatnya yang buruk.

32) YA HALIM (Maha Penghiba)

88 kali bag mereka yang ada kedudukan, insyaAllah
dipastikan kedudukan tidak akan dicabar
atau tergugat.

33) YA AZIM (Maha Agung)

12 kali setiap hari untuk orang yang sekian lama
menderitai sakit, insyaAllah akan sembuh. Juga terhindar dari
gangguan jin, syaitan dan sebagainya.

34) YA GHAFUR (Maha Pengampun)

Perbanyakkan zikir ini, insyaAllah akan diampunkan
dosa-dosa mereka yang bertaubat dan Allah
akan lenyapkan segala kesukaran.

35) YA SYAKUR (Maha Pemabalas)

40 kali insyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan
Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai
hajat yang penting dan terdesak.

36) YA ALIYY (Maha Tinggi MartabatNya)

Diamalkan terus-menerus, insyaAllah akan dicerdaskan
 dan ditambahkan keyakinannya.

37) YA KABIR (Maha Besar) 

100 kali setiap hari, insyaAllah akan mendapat
penghormatan orang lain.

38) YA HAFIZ (Maha Pemelihara)

99 kali insyaAllah diri kita akan terlindung dari bahaya.

39) YA MUQIT (Maha Pemberi Keperluan)

Diamalkan setiap hari, insyaAllah dapat memperbaiki
sifat buruk ahli keluarga dan perbadi kita sendiri.

40) YA HASIB (Maha Mencukupi)

99 kali insyaAllah diri kita akan terhindar dari mara bahaya
dan bebas dari rasa takut.

41) YA JALIL (Maha Luhur)

73 kali setiap hari, insyaAllah akan mengalami perubahan baik
dalam kehidupan peribadi.

42) YA KARIM (Maha Mulia)

280 kali ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan
mengangkat darjat mereka mengamalkan
zikir ini di dunia dan akhirat.

43) YA RAQIB (Maha Mengawasi)

50 kali dengan niat agar barang yang berada
ditempat yang jauh dan sukar dijaga terhindar dari
sebarang kecurian.

44) YA MUJIB (Maha Mengabulkan) 

55 kali sesudah solat subuh. InsyaAllah doa
kita akan dimakbulkan.

45) YA WASI' (Maha Luas) 

128 kali setiap pagi dan petangm insyaAllah segala kesulitan
akan hilang. Andai selalu diamalkan , insyaAllah kita akan
 terjaga dari hasad dengki sesama makhluk.

46)  YA HAKIM (Maha Bijaksana)

InsyaAllah akalnya menjadi cerdas dan lancar dalam
perlajaran. Amalkan sekurang-kurangnya
300 kali setiap hari.

47) YA WADUD (Maha Pencipta)

1000 kali setiap hari akan berkembang kasih sayangnya
dan dikasihi orang lain.

48) YA MAJID (Maha Mulia)

99 kali insyaAllah keluarga kita akan menyayangi dan
menghormati kita sebagai ketua keluarga.

49) YA BAITH (Maha Membangkitkan)

100 kali dengan meletakkan tangan ke dada, insyaAllah
akan memberi kelapangan dada dengan
ilmu dan hikmah.

50) YA SYAHID (Maha Menyaksikan)

319 kali secara berterusan setiap malam, akan
melembutkan hati ahli keluarga yang suka
membangkang.

51) YA HAAQ (Maha Benar)

Perbanyakkan zikir ini, insyaAllah sangat berfaedah
sekali menebalkan iman dan taat di dalam
menjalankan perintah Allah.

52) YA WAKIL (Maha Memelihara)

Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat
atau terjadi gempa, maka ketika itu perbayakkan zikir ini,
insyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda.

53) YA QAWIYY (Maha Memiliki Kekuatan)

1000 kali setiap malam agar kita tidak gentar
 apabila berdepan dengan si zalim.

54) YA MATIN (Maha Teguh)

Diamalkan sebanyak-banyaknya untuk dapat
mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar
untuk menggangu.

55) YA WALIYY (Maha Melindungi) 

Dengan izinnya, kita akan terhindar dari sebarang
gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.
Juga akan selalu dilindungi olehNya.

56) YA HAMID (Maha Terpuji)

InsyaAllah kita akan dianugerahkan sifat
yang terpuji
dan dikasihi sesama umat.

57) YA MUHSI (Maha Menghitung)

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.
Maka akan selalu dekat dengan Allah. (Muraqabbah)
dan dipermudahkan pada hari kiamat.

58) YA MUBDI' (Maha Memulai / Pemula)

470 kali setiap hari, insyaAllah segala apa yang kita
rangcangan akan berhasil, dapat membuat
hari, fikiran menjadi cerdas.

59) YA MU'ID (Maha Mengulangi)

Andai ada ahli keluarga yang menghilangkan diri
dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 kali setiap hari
sesudah solat. InsyaAllah akan dipertunjukkan hasilnya.

60) YA MUHYI (Maha Menghidupkan)

68 kali setiap hari, insyaAllah kita akan diberikan kemuliaan
darjat di dunia dan di akhirat.

61) YA MUMIT (Maha Mematikan)

Amalkan zikir ini, Allah akan menolong untuk
memperolehi kemenangan atas lawan-lawannya.

62) YA HAYYU (Maha Hidup)

Amalkan zikir ini, Allah akan memberi panjang umur
dan memelihara iman dari sifat musyrik dan munafik.

63) YA QAYYUM (Maha Berdiri SendiriNya)

1000 kali setiap malam atau siang hari, hendaklah
melakukan secara berterusan, insyaAllah
akan tercapai segala hajatnya.

64) YA WAJIID (Maha Menemukan)

Andai keinginan keperibadian yang kukuh, tidak
mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka
perbanyakkan zikir ini.

65) YA MAAJID (Maha Luas Kemuliaan)

Demi kecerdasan otak dan dipermudahkan hati untuk
menerima pelajaran, maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini
setiap hari.

66) YA WAHID (Maha Esa)

Bagi yang belum punya ana, amalkanlah zikir ini 190 kali
sesudah solat fardhu selama sebulan dan berpuasa sunat isnin dan khamis.
InsyaAllah

67) YA MUHSI (Maha Menghitung)

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.
Maka akan selalu dekat dengan Allah (Muraqabbah)
dan dipermudahkan pada hari kiamat kelak.

68) YA SOMAD (Maha Diperlukan)

Ketika dalam kesempitan, maka berzikirlah sebanyak mungkin.
InsyaAllah , diri akan berasa segar sentiasa.

69) YA QADIR (Maha Kuasa)

Apabila kita berhajatkan sesuatu tapi selalu gagal,
maka amalkan zikir ini sebanyak 305 kali setiap hari.
InsyaAllah akan berhasil.

70) YA MUQTADIR ( Maha Menentukan)

554 kali setiap hari. InsyaAllah
segala hajat yang baik dan termakbul.

71) YA MUQADDIM (Maha Mendahulukan)

Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, "Barangsiapa
yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 kali setiap
hari, insyAllah, segala usahanya akan berhasil"

72) YA MU'AKHKHIR (Maha Mengakhirkan)

300 kali setiap hari akan mendapat rahmat dan redhaNya
serta taubatnya akan diterima.

73) YA AWWAL (Maha Memulakan)

1000 kali setiap hari Jumaat akan mendapat kemudahan dalam hidup.
Bagi suami yang belum punya anak, akan dimakbulkan doanya.

74) YA AKHIR (Maha Penghabisan)

200 kali sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, insyaAllah,
pintu rezeki yang halal akan dibuka
oleh ALLAH SWT.

75) YA ZAHIR (Maha Nyata)

1,106 kali selepas selesai solat waktu di tempat yang sunyi
(Khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya
dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76) YA BATIN (Maha Tersembunyi)

30 kali sesudah solat fardhu, Allah akan bukakan baginya
kebenaran sejati.

77) YA WALI (Maha Menguasai)

10,000 kali siang dan 10,000 kali malam, maka Allah
akan bukakan pintu  makrifat.

78) YA MUTA'ALI (Maha Suci / Terpelihara)

1000 kali setiap hari Jumaat akan mendapat kemudahan
dalam hidup. Bagi suami yang belum punya anak
akan dimakbulkan doanya.

79) YA BARR (Maha Dermawan)

Amalkan setiap hari, insyaAllah segala yang kita hajati
akan terlaksana.

80) YA TAWWAAB (Maha Penerima Taubat)

Banyakkan zikir ini supaya diberikan petunjuk untuk
kempali ke jalan yang lurus.

81) YA MUTAQIM (Maha Penyeksa)

Amalkan sesudah fardhu agar mendapat pertolongan
untuk mengalahkan musuh.

82) YA 'AFFUW (Maha Pemaaf)

Barangsiapa perbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan
diampuni segala dosannya oleh Allah.

83) YA RA'UF (Maha Pengasih)

Amalkan setiap hari sebayak-banyaknya, maka
Allah akan melimpahkan rahmatNya dan
tidak akan mengalami kesengsaraan dalam kehidupannya.

84) YA MALIKUL MULK (Maha Menguasai Kerajaan)

212 kali sesudahsolat fardhu & 212 setiap malam selama
sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan dari Allah.

85) YA ZUL JALAALI WAL IKRAM (Maha Memiliki Kebesaran)

65 kali sebelum solat subuh, insyaAllah segala hajat kita
akan tercapai dan diberi kekayaan.

86) YA MUQSITH (Maha Mengadili)

Berzikirlah mengikut kemampuan, InsyaAllah akan
dianugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkanya.
Bebas dari godaan.

87) YA JAMI' (Maha Mengumpulkan)

Dengan zikir ini, insyaAllah barang yang hilang dujumpai
kembali. ahli keluarga yang lari, akan pulang kerumah.

88) YA GHANI (Maha Kaya)

Amalkanlah, insyaAlah apa yang kita usahakan akan
 berhasil dan kekayaan yang diperolehi itu akan
mendapat berkat.

89) YA MUGHNII (Maha Mengkayakan)

Amalkan zikir ini sebanyak-banyaknya selamat 40 hari,
Allah SWT akan memudahkan kita mendapat rezeki.

90) YA MANI' (Maha Menolak)

161 kali sebelum solat subuh, Allah SWT akan memberikan
kehidupann berkeluarga yang baik dan terhindar dari kezaliman.

91) YA DHAR ( Maha Memudaratkan)

1001 kali setiap hari terus menerus. Yang sedang menderita sakit
insyaAllah akan sembuh dari penyakit.

92) YA NAFI' (Maha Pemberi Manfaat) 

Amalkan zikir ini sebanyak-banyaknya, maka Allah
akan melenyapkan dukacita, juga menyembuhkan
penyakit dan menghidarkan dari bencana.

93) YA NUUR (Maha Bercahaya)

Amalkanlah zikir ini, insyaAllah kita akan memperolehi
cahaya terang dihati dan makrifat kepada
Allah SWT.

94) YA HADII (Maha Pemberi Pentunjuk)

Perbanyakkan zikir ini, insyaAllah akan diberikan pertolongan
Allah akan terlepas dari kesesatan.

95) YA BADI' (Maha Indah)

500 kali selepas fardhu, insyaAllah akan diberikan pertolongan
hingga rancangan kita berjaya dan berjalan lancar.

96) YA BAQI (Maha Kekal)

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin, insyaAllah punca rezeki
tidak akan mudah terlepas .

97) YA WARITS (Maha Membahagi / Mewarisi)

Mengulang-ulang zikir ini, insyaAllah akan dikurniakan
umur yang panjang dan juga kehidupan yang baik.

98) YA RASYIID (Maha Cendekiawan)

1000 kali antara Maghrib & Isyak terus menerus,
insyaAllah akan menjadi lebih pintar dan bebas dari kesulitan.

99) YA SOBUR (Maha Penyabar)

Perbanyakkan zikir ini, insyaAllah dengan sifat sabar,
maka dengan segala usaha dan upaya akan
mencapai kejayaan.

 

Sharing is caring ^^, *Betul kan jika saya silap ea. 

Thanks for reading...


Auto tag? Stop it..!!!


                                  

Halu~ korangg! :D
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas lagi. 
Terima kasih Allah :)

Okey, hari ni kita nak bincang pasal ape?
Huhu, actually.. 
Saya ni tengah marah tau! Haha.. bukan apa.. 
Cuba korang tengok tajuk tu apa? 
mesti korang pon tak suka kan?!

Huhu, jadi saya nak mengadu sikit pasal auto tag benda alah tu.


        Haa..! Auto tag? Hello pleaseeee lah! Stop it! Nak tahu, sebenarnya baru je kejap ni tadi.. Saya online la facebook. Lepas tu ade lah sorang hamba Allah ni dia add saya. Saya pon approve kan ajelah. Eeee~ memang cari pasal lah. Kalau ye pon nak "membatak" kan, tak perlu lah nak kait kan org2 laen. "batak" sensorang jelah. Hihi.. Lagi pon facebook ni untuk berkawan. Bukan untuk buat2 benda alah tu.. Huhh~ (mood marah

Dan kalau status tu bermanfaat tak apa lah jugak. Ini status suruh "follow" dia lah. "boom" wall dia lah. "Like" status dia lah. "promote" lah! Ya Allah.. memang bengang gila lah tadi! Dan aku tak fikir panjang, terus unfriend jer. kan dah kena! -.- Kalau sekali tu tak apa lah jugak.. Ni asal aku tengok je notification, dia mention2 aku.. Dah berapa kali aku report pasal status dia tu.. Aku hide kan.. pastu ade lagi.. Ha mmg kene unfriend lah jawabnya! Grrr~ 

 


Tengok muka kucing tu?  Haha, macam tu lah muka aku bila org maen2 auto tag tu! haha.. serious annoying gila lah org macam tu. Batak!

Dan ni nak pesan, tak yah lah nak batak2 sangat. Tak bawa kemana pon! Tak ada nya boleh bawa masuk kubur dengan "like" "followers" semua tu! Sudah-sudah lah kerja nak mengejar hot! Tak ada makna.. Dunia jer! hanya sementara.. Okey.. Huuuhh~ 

Dan lagi, Ni bukan pertama kali macam ni! Dah banyak kali dah saya kena mcm tu. huhu, mmg semak jer. Korang pon mesti penah kena lah dengan budak2 batak mcm tu. Tapi ni baru saya first time saya remove budak macam tu.. Yang selama ni saya tak buat apa2.. sebab sekali je. ni dah banyak kali.. Erggh~ facebook dah tak macam dulu. Banyak budak batak.. Pastu banyak fake.. Banyak bash2 org.. Hmm.. :)


Feeling annoyed! (haha)

Grumpy pon tak suka org maen auto tag ni. haha (a.k.a) batak~ 



Hahaha, okey.. Disini saje saja nak cerita. Terima kasih kerana sudi menjeguk ke blog kita ni.

Thanks for reading...

Bibir kering jangan tarik !!

                                     


Hallo readers~ :D
Hihi~ rase macam nak update blog pula rase. 
Lama tak update. haha
Jadi, sementara tunggu cerita hindustan tu habis.. 
Saya nak bagi tahu beberapa perkara.. Hikhik ^^

Pasal bibir kita kering dan mengelupas..



Okeyh, korang semua pernah mengalami bibir kering? Hm, pastu mengelupas.. Mesti pernah kan.. Ok, mmg pun sama la macam saya. Saya macam ni lah sekarang. Aduduh.. sakit derr~ haha.. Dan korang kalau lah kena macam tu, korang jangan tarik kulit tu !! Haa! bila korang tarik, tu la menyebabkan luka then berdarah.. Ni saya nak cerita, saya pernah tarik.. haaa! pastu hambik kauu! berdarah habis. Hmm sakit ya amat k!~ Tapi saya dah jadi tebiat pulak. LOL.

Sepatutnya kalau bibir kering mak saya kata dalam badan kita panas dan kurang air kosong.. Yelah, tambah sekarang cuaca tak menentu kan.. jadi kita kena lah pandai uruskn kesihatan kita tu.. saya ni maybe kurang minum air kosong.. Hikhik.. Jadi, korang rajin2 lah iye minum air kosong.. Rajin mandi~ biar panas tu keluar.. Ingat tau!! dan aku kalau bibir kering, saya selalu pakai lipsbam.. Bagi lembab bibir kita tu..

Siapa tak nak bibirnya kering nampak buurk kan.. Hihihi.. macam gambar bawah ni.. ;-)




Okeyh, mungkin disini saja saya ingin menceritakan. Selamat malam uolls!~ Haha dan assalamualaikum.. :-)

Belajar bersabar....


Hari ini saya nak bercerita tentang "bersabar". Dan juga ini adalah kisah saya. :)

Bersabar... Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman.

       Okeyh, pada beberapa hari yang lepas.. Saya dengan seseorang ni macam dah bermasam muka. Siapa ye? Saya rasa tak perlu bagi tahu.. Hehe.. Dan pada itu, saya dengan orang tu macam nak bergaduh dah.. Tapi bergaduh tu bukanlah yang teruk-teruk tu. Bergaduh hanya perang mulut je. Ye mungkin jugak dengan salah saya yang tak boleh di tegur dan bawak "selogho" Haha.... Sebelum tu saya rapat dengan dia. Tapi pada malam tu, dia macam buat saya sakit hati.. Puncanya sikit je..

Dia ajak seorang hamba Allah ni, keluar pergi makan.. Saya cakap kat dia saya pun nak ikut.. Lepas tu dia macam tak bagi saya ikut.. Saya tahu dia hanya bergurau.. Tapi tak perlulah dgn cara yang macam tu.. Kalau tak bagi, cakap saje tak bagi. Kan senang.. Then, lepas tu, saya pergi ke dapur.. Yang hamba Allah seorang ni, dia ingat kn saya pergi ke dapur untuk bersiap. Saya nak ikut jugak! hihi Memang niat kat hati tu, nak pergi ke dapur nak bersiap.. Saya basuh tangan je sebenanrnya.. Lepas tu, saya terfikir.... Hmm kenapa aku yang beria-ia.. Sedangkan orang tu tak bagi kita ikut.. Macam terhegeh-hegeh pun ada.. Saya terus tak jadi ikut.. Pastu, hamba Allah sorang ni,tanya kat saya, "nak ikut ke tak?" saya jawab jelah.. Taknak lah.. Dia macam pelik la kan.. Yelaa, sbb tadi saya yg beria-ia nk ikut tup-tup tak nak pulak.. Dan dia tahu niat saya tak nak perg tu sebab apa..

Lepas tu, diaorang dah pergi.. Saya pun masuk bilik.. Tak tahan mata ni nak menahan air mata ni.. Akhirnya mengalir jugak.. Saya tak nak marah-marah.. Sebab saya fikir, kalau nak berubah mesti perlu belajar bersabar dulu.. Baru la diri kita dekat dengan Allah.. :) Sampai mengalir air mata ni menahan sakit hati ni.. Saya zikir banyak-banyak.. Bagi sejik hati ni... Alhamdulillah.. Lama-lama dah hilang rasa panas sakit hati tadi.. :)

Aku berdoa pada Allah, ya Allah jangan lah engkau hilangkn niat aku untuk berubah disebab kan perkara sekecil ini.. :')

Dan kesimpulannya dalam cerita ni, kita kena lah bersabar.. Itu adalah dugaan.. Dia nak uji kita sekuat mana iman kita.. Sabar yaa..


Okey itu sahaja yang saya ingin sampaikan...


Terima kasih sudi membaca cerita saya...

Hijab~


Holla  readers! ^^
Uhuk uhuk ~ *batuk* hehe

Lama dah saya tak update blog ni. Maklum la kan,  kelmarin saya demam. huhu 
Tapi, sekarang dah okey sikit. Alhamdulillah. ^^
Hm, eh.... Saya nak cerita kan sesuatu ni. Pasal...... haha tengok title :)
   
        Okey, firstly.. Saya ada satu cerita ni.. Dan ia juga berkenan luahan hati saya jugak la ni kan. hihi ^_^ Hari tu, saya online la facebook.. Ada sorang hamba Allah ni. Hmm.. Nama nya saya tak perlu lah bagi tahu.. Nanti membuka aib dia pulak kan. :) Dan saya nak berkongsi cerita.. Dia ni suka upload pic gambar dia yang tidak menutup aurat. Bukan la saya ni nak marah ke apa. Bukan ke tak boleh kan? Sebab nanti kesian pada bakal suami kita nanti. Dan pastu ada la sorang hamba Allah ni tegur di komen dia.. Orang tu tegur2.. Dan dia jawab.. Islam tak boleh paksa3.. Dan dia cakap tak baik dan dia tak bersedia lagi.. Memang la.. tapi cuba kalau dia slow2 kan.. Kalau tak bersedia, mati pun tak kira kita dah sedia ke belum. Wallahualam..

Yaa~ Semua orang melakulan kesilapan.. Saya pun tak sempurna.. Ya Allah :'( Tapi saya berusaha nak menjadi sempurna.. Allah.... 

Dan lepas tu, lepas tu org tu bagi nasihat tegur semua.. Adakah patut dia cakap org tu nak bash dia. Hmm.. :') Pada saya, sikit pun orang tu takde nak bash dia rasanya.. Yelaa.. Nak buat macam mana.. Dan dia tu pun ramai orang back-up.. Tak boleh nak buat apa dah la.. Kita dah tegur tu, dah lepas dah la.. Itu hal dia dengan yang Maha Kuasa pula.. Kita hanya boleh mendoakan nya sahaja.. Semoga pintu hatinya terbuka untuk menutup aurat, menjaga maruah diri seorang wanita... 

Ya Allah, aku bersyukur sesangat sebab aku masih lagi boleh menjaga maruah diri aku. :') Terima kasih Allah. Kau lindungilah diri ku supaya tidak terkeluar dari landasan yang tidak benar... :) Amin..
Orang yang akan diseret ke neraka bila kita tidak menutup aurat adalah ayah dan abang kita.. Ya Allah..! :'( Bila dah berkahwin, suami kita yang tanggung dosa kita.. Ya Allah.. Tak  sayang kah kita pada mereka?? :'( Kalau sayang mereka , jaga lah aurat diri mu..
Semoga menjadi anak dan isteri yang solehah.. ^^ 

Cantik kan gambar ni?? :)



Baiklah, disini sahaja kita di sini.. Dan mungkin cerita dia atas ada saya buat salah, betul kan ye.. ^^

Kenduri...

Hai hallu holla !  selamat petang readers! ^^
Petang ni sbnr nya ana bosan tak tahu nak buat apa. Dan ni la saya update blog ni. Hihi :-D
         
            Btw, saya nak cerita pasal saya pergi kenduri aqiqah kawan ayah saya. Kendurinya dekat Salak Baru. Haha.. Act, masa tu terlanjur hantar abang saya pergi kerja... Abang saya pun pergi jugak lah kenduri tu.. Okeyh, kamu semua nak tahu makan apa. Apa lauk nya.. Lauk nya ayam goreng berempah, kari daging, kerabu taugeh pucuk paku, dan gulai lemak ayam dan lain-lain lagi.. Tadi saya makan nasi putih je dengan lauk ayam goreng, kuah kari daging.. saya makan sikit jee. Sebab saya dah makan bihun goreng kat rumah sebelum pergi tadi. Huhuhu... Kalau tak saya memang tak makan, tapi takkan la dah ikut pergi kenduri tu, tak makan pulak. Nanti ape pulak tuan rumah tu cakap.. Lagi pun macam menolak rezeki jee kann?? Tak baik tolak rezeki.. HIhi.. Jadi saya ambil lah sedikit nasi.. Ermm,  Lauknya sedap la jugak.. Tapi kan.. Mak saya dia makan bukan nasi puteh tau! Dia makan nasi minyak.. Aiyooo.. Sedap tu.. Hm rase rugi pun ade tak makan nasi minyak.. Haha.. Memang sebelum saya ambil nasi puteh tadi, mak saya panggil saya dengan kakak saya suruh ambil nasi minyak.. Tapii.. Yelahh.. Nasi minyak kat dalam rumah.. Segan la pulak.. Hihihi... Tak ape lah, kira kan saya dah rase makanan tadi..
Lagi satu, kenduri ni selain kenduri aqiqah, dia buat doa selamat sekali.. Dan kenduri dia nak pergi Umrah.. Huhuhu.. Untung lah... Hehe... Dan tadi ade la jugak gelagat kakak saya sorang ni.. Adoiii.. Macam macam.. Hahaha.. Dia suruh saya ambilkan dia air.. Mula-mula saya malas nak bangun.. Sebab kain baju kurung saya ni macam pelik sikit.. Haha ape la nasib... Pastu, lepas saya dah ambil kan dia air, dia panggil nama saya.. Dia suruh ambil kan dia sudu.. Dia nak makan kuih tepung bungkus.. Haa, kamu semua tahu kan kuih apa tu?? Kalau tak tahu pergi search pak cik google.. Hahaha... Ok, sambung tadi, kakak saya ni dia minta sudu.. Ana ingat kan dia minta susu.. Bukan pekak eeh..! ^^ saya cuma tak berapa dengar.. Lagi pun kakak saya tu dia cakap buat insyarat mulut je. Mana lah saya tahu.. saya pun masa tu, cari lah jugak susu tu, takde pun.. saya cakap kat kakak saya tu, "takde" Then ade sorang pak cik ni bangun, dia yang ambil kan sudu tu untuk kakak saya ni.. Hahaha lawak betul la.. Yang kakak saya ni dia membebel kat saya pulak.. Adehh, dia yang salah... Erhmm, eh eh tak tahu sape yang salah dalam bab ni.. Sebab dua-dua ade salah.. Kihkihkih.. :D
Tak lama kemudian, ade satu kereta tu sampai.. Orang yang dikenali la jugak.. Hihihik.. Tapi dia dengan kitorg tak bertegur pun.. Cuma ade sorang tu je dia tengok saya, dan saya pun senyum lah kat dia.. Senyum kan sedekah.. Pastu, dia berlalu la pergi dari tempat saya ni.. Dia pergi ambil lauk dan makan kat tempat lain.. Dia duduk agak berjauhan lah jugak dengan saya ni.. Erhmm, kenapa eh? Ada yang tak kena ke? Aihh, lantak lah.. Tak penting pun... ^^
Dan last sekali, lepas kitorang abis makan semua.. Kami semua pun beransur lah dari rumah tu.. Perut kenyang, hati pun senang.. Hahaha ^_^
Cerita ni, tiada kaitan dengan sesiapa mahu pun yang masih hidup dan sudah mati.. Hanya coretan hati saya sahaja..  Harap maklum.. ^^ hihihi~

Thanks for reading...

Kucing ku balik jugak akhirnya~


Hallu haluu ^^ readers sekalian.. 

     Haha, nak tahu saya nak cerita tentang apa? saya rase happy sangat-sangat ni. Kamu semua nak tahu ke? Yang sebenarnya kucing saya dah balik rumah. Syukur lah. Lega sikit hati saya ni. Kalau tak, saya ade lah rase risau mane perginya kucing saya ni. Okey, meh sini saya nak cerita A sampai Z kat kauorg semua. ^^


Pada hari tu, kucing ana ni dia memang selalu tak balik rumah.. Yelah mak saya cakap, kalau kucing umur nye memang macam tu.. Dia pergi menggatal.. Haha.. Hari tu kan, sampai tiga hari tak kucing saya ni tak balik rumah. Ada sekali tu, saya dengan kakak saya bergurau-guraulah. Sembang pasal kucing saya tulah. saya cakap kat dia, macam ni "eh, mana perginye Uteyh ni" (nama kucing ana tu Uteyh) Pastu kakak saya cakap "Alaa, jangan risau lah. Kucing tu kita tu dah biasa macam tu.. Dia tu kan bawak kapal, dia pergi berlayar laa" Hahaha.. Kami bergurau macam tu.. Yang kakak saya boleh cakap macam tu nak tau sebab apa.. Yelahh, kan kalau orang bekerja sebangai pilot or  orang yang bawak kapal tu.. Mereka kan selalu tak balik rumah dalam berminggu-minggu, berbulan-bulan kan.. Tu sebab dia kata macam tu.. Hahaha lawak ja ^^


Tapi, masa beberapa minggu yang lepas kan.. Kucing saya ni dah nak dekat 2 minggu tak balik rumah.. Tu yang buat saya rase risau tu.. Dan rase sedih sekali.. :( Kalau selama ni, beberapa hari je.. Kitaorang semua dah anggap kucing saya tu dah mati. Tu yang saya rase sedih tu.. Sebab kebanyakkannya kucing kan macam tu. Sama lah macam kucing dulu yang saya bela.. Dia hilang dari pandangan kitorg.. :( Kami semua anggap dia dah mati.. Jadi kali ni, same lah macam tu..     Tup, tup.... Tadi, dia balik rumah.. Ya Allah.. Terkejut saya..! saya ingat kan kucing mana lah tadi.. Rupanya kucing saya dah balik..! ^^ Lepas je dia masuk rumah , saya tengok dia dah balik saya dengan kakak saya punyalah gelak!! Hahaha kucing yang selama ni menghilang ingat kan mati.. Rupanya hidup lagi.. Hihihi.. Then kakak saya terus bagi dia makan.. Ya Allah punya lah dia lapar rupenye.. Sampai berbunyi-bunyi makan nye.. 


Korang nak tengok ke kucing saya
 Sebelum tu, ana nak bagi tahu nama dia dulu.. Nama samaran lah kan..
Nama dia Kuteh, Uteh, Panjang.. ahaha itu lah nama samaran kucing saya yang family saya panggil dia.. Umur setahun lebih rasenye.. saya tak pasti.. Dia lahir 21/4/2012.. hmm itu la dia.. hihihihi..
Ni la Uteh semasa dia kecil.. Beberapa hari lepas dia dilahirkan.



Ini dia dah 2 minggu lebih rasenye. Dah besar sikt. 


Haa ! ini dia dah besar dah.. ^^ Dah kanak-kanak la katakan.. haha



Tadaaaa.... hihihi :P
Yang ni macam tak comel je kan? Haha waktu ni dia tengah sakit.. Muka tak sihat..
Kesian dia.. Huhu


Ni gambar terbaru dia.. Erm, tapi takde la terbaru mana pun..Gambar tahun lepas punya..
Haha.. Kelakar jer muka kucing saya ni..
Gemuk jer... :P



Okeyy, korang semua dah tengok kan gambar dia?? Haa, itu la kucing saya.. ;) Walaupun kucing saya ni takde la comel sangat macam kucing-kucing orang lain , tapi saya tetap sayang dia.. hihihi Kucing kan haiwan kesayangan Nabi Muhammad.. ^^

p/s : Kepada orang-orang diluar sana.. Sayangilah haiwan-haiwan ni.. Diaorang ni ciptaan Allah jugak.. Jangan lah menganiaya dan menyeksa binatang-binatang..! Jangan disebab kan haiwan ni mencuri ikan seekor, anda sampai potong tangan dia.. Ingat yee!! Jangan seksa binatang! Kalau seksa jugak!! Anda tanggung lah sendiri.. Anda tunggu lah azab di akhirat nanti.. 

Itu sahaja cerita saya pada malam ni.. Sama-sama kita ingat.. Terima kasih sudi membaca coretan saya yang tak seberapa ni.. :) hihih

Assalamualaikum..

Kembali Ke Ramatullah


Hai readers yang dikasihi. 
Hehe

Hari ni, adalah hari yang sedih bagi saya. Mungkin jugak semua keluarga saya. :')
        Hari ni, 13/1/2014 adalah hari kehilangan nya seorang ibu yang disanyangi oleh ibu ku serta adik beradik ibuku . Pagi tadi, telah diberitahu kepada semua ahli keluar ku yang ibu kepada ibu saya telah meninggal dunia. Iaitu nenek saya. 

Pagi tadi saya sedang tidur, saya dikejut oleh abang saya. Dia bagi tahu saya yang nenek dah kembali ke ramatullah. saya pun pergi lah bersiap balik kampung saya. Kampung saya dekat je. :) saya sampai je ke kampung ramai orang-orang kampung yang ada di rumah arwah nenek saya. Masa saya sampai, tepat pada waktu, nenek saya nak dimandikan. saya masuk je rumah, terbentang kain kapan di ruangan tamu. Allah. saya rasa macam takut pun ada bila  tengok kain tu. Maksud saya bukan takut kn kain tu, saya takut nanti selepas ni giliran saya pula. :( Yelaa, semua orang akan mati kan. 

Selepas nenek saya dimandikan, mereka semua siap kan jenazah untuk dikapan kan. saya sempat la jugak melihat muka arwah buat kali terakhir. :'( saya rasa macam nak menagis pun ada. Ya Allah..! Terkujur jasad nenek saya. Lepas tu, saya pergi dari situ.. saya pandang je kebelakang, ada ibu saudara saya. saya tengok dia dah menangis. Lepas jesaya tengok ibu saudara saya tu, saya pula rasa nak menangis. Pastu, saya tengok mak saya beredar dari situ. Dia taknak tengok. Bukan apa, dia tak nak menangis kat depan anak-anak dia. Hati orang siapa tahu kan. :')

Lepas tu, selesai dah jenazah di kafan kan, semua pakcik-pakcik saudara saya sembahyang jenazah.. Dah selesai semua nya, waktu untuk di kebumikan jenazah. saya tak pergi ke kubur. Mak saya pun tak pergi.. Senang cerita, semua kaum hawa duduk kat rumah lah. Tapi, ada lah sikit-sikit kaum hawa pergi ke kubur. Sepupu ana pergi ke kubur.      Alhamdulillah, selesai pengebumian nenek saya. 
Oh, ada sorang je ayah saudara saya tak sempat tengok muka arwah. Waktu tu, dia perjalanan nak balik ke sini, arwah dah pun di kebumikan.. Mula-mula, kitorg nak tunggu lah dia sampai balik. Tapi dia cakap tak ape lah. Teruskan je. Lagi pun tak elok melambat-lambatkan.. Kesian kat arwah pulak kan.. Semua nya dah selesai.. 

Itu sahaja cerita saya pada hari ni. Yang masih hidup, teruskan hidup. Kita sedekah kan Al-Fatihah shja pada arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang-orang yang beriman. :)
Thanks for reading.. Assalamualaikum