MyOnlineDiary.

Diriku tidak sempurna seperti malaikat, tapi aku cuba jadi yang terbaik di sisiNya. Jika aku buat silap, jangan pandangku macam Ahli Neraka. :(

♡ My Diary ♡

Asmaul Husna : 99 Nama Allah

                                  

Bismillahirahmanirahim. 

Asmaul Husna

Dari Abu Hurairah r.a bahawa 
Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya Allah SWT mempunyai 99 nama.
Barangsiapa yang menghafalnya akan masuk syurga."
Riwayat Bukhari, Muslim & Tarmidzi.

Allah SWT mempunya Asmaul Husna
(nama-nama yang indah), maka memohonlah
kepadaNya dengan menyebut Asmaul Husna.
(Surah Al-A'raf, ayat 180)
Sesungguhnya disebalik setiap nama dalam
Asmaul Husna terdapat misteri yang sangat
dalam dan lias yang berada diluar
jangkauan manusia.

Allah SWT akan mengabulkan keinginan seorang 
hamba yang berdia sambil menyebut namaNya 
sesuai dengan misteri yang terkandung 
di dalam nama tersebut.


YA ALLAH

Allah Lafzhul Jalalah, Nama Yang Maha Agung 
& Maha Mulia. 5000x dengan kusyuk, tertib, 
kebersihan rohani untuk dekat pada Allah SWT
setiap hari.

01) YA RAHMAN (Maha Pemurah)

500x sesudah solat 5 waktu, maka hati kita akan 
menjadi ternang, tidak pelupa dan rasa gugup
akan hilang dengan izin Allah.

02) YA RAHIM (Maha Penyayang)

100x setiap hari, insyaAllah kita akan mempunyai daya 
penarik hingga manusia merasa cinta dan kasih
serta sayang terhadap kita, juga memberi kemudahan.

03) YA MALIK (Maha Merajai / Perintah)

121x setiap pagi, segala perkejaan yang dilakukan
setiap hari akan mendatangkan berkat dan
kekayaan yang diredhai Allah.

04) YA QUDDUS (Maha Suci)

100x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati 
kita akan terjaga dari semua penyakit hati
seperti sonbong, iri hati, dengki, dan lain-lain.

05) YA SALAM (Maha Penyelamat)

136x, insyaAllah jasmani dan rohani kita akan
terhindar dari segala penyakit sehingga badan
menjadi segar dan sejahtera.

06) YA MU'MIN (Maha Memelihara Keamanan)

236x, InsyaAllah diri kita, keluarga dan segala kekayaan
yang dimiliki akan terpelihara dan aman dari segala macam 
gangguan yang merosakkan.

07) YA MUHAIMIN (Maha Memelihara)

145x sesudah solat fardhu Isyak, InsyaAllah fikirkan
dan hati kita akan terpelihara serta 
menjadi terang dan bersih.

08) YA 'AZIZ (Maha Memilihara)

40x sesudah solat subuh, insyaAllah kita akan menjadi orang
yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
Juga akan mendapat pertolongan.

09) YA JABBAR (Maha Perkasa)

226x pagi dan petang, semua, musuh akan
menjadi tunduk dan patuh dengan izin Allah.

10) YA MUTAKABBIR (Maha Megah)

Dibaca dengan sebanyak banyaknya, maka dengan
 kebijaksanaan bertindak, akan menundukkan
semua musuh.

11) YA KHALIQ (Maha Pencipta)

731x, insyaAllah yang ingin otak cerdas,
cepat menerima sesuatu pelajaran, amalan ini
akan memberikan otak kita cerdas.

12) YA BARI' (Maha Membebaskan)

100x selama 7 hari berturut-turut (sewaktu menderita sakit),
insyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran dan sembuh
dari penyakit tersebut.

13) YA MUSAWWIR (Maha Pencipta)

Suami isteri yang belum mempunyai anak, berpuasa 7 hari
(si isteri), dan 3 hari (si suami).
Sewaktu berbuka, baca sebanyak 21x.

14) YA GHAFFAR (Maha Pengampun)

100 kali sambil menunggu waktu solat jumaat,
InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa yang terdahulu.

15) YA QAHHAR (Maha Menguasai)

Dibaca mengikut kemampuan, maka hati kita akan dijaga dari
ketamakan dunia dan insyaAllah orang
yang selalu memusuhi kita akan sedar dan tunduk akhirnya.

16) YA WAHHAB (Maha Pemberi)

100 kali sedusah solat fardhu, barang siapa yang
selalu didalam kesempitan, insyaAllah segala kesulitan
dalam soal apa pun akan hilang.

17) YA RAZZAQ (Maha Pemberi Rezeki)

Mengikut kemampuan sesudah solat fardhu, insyaAllah
akan dipermudahkan rezeki yang halal
dan membawa berkat.

18) YA FATTAH (Maha Pembuka)

71 kali sesudah selesai solat subuh, insyaAllah
hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga
menerima nasihat agama.

19) YA 'ALIM (Maha Mengetahui)

100 kali setiap kali selesai solat Maktubah, InsyaAllah
kita akan mendapat kemakrifatan yang
sempurna.

20) YA QAABIDH (Maha Penggengam)

100 kali setiap hari, maka dirinya akan semakin
dekat dengan Akkah dan terlepas dari
segala bentuk ancaman.

21) YA BAASITH (Maha Pelapang Hidup)

10 kali selesai solat Dhuha, Allah akan kurniakan rezeki
yang tidak putus-putus dan ditambah
ilmunya ( dimurahkan rezeki oleh Allah)

22) YA KHAFID (Maha Menjatuhkan)

500 kali dengan kusyuk dan tawaduk, insyaAllah
akan terlindung daripada perbualan jahat
dan hajat dimakbulkan.

23) YA RAAFI (Maha Tinggi)

70 kali setiap hari, insyaAllah keselamatan harta
benda akan selamat dan terhindar dari
kecurian.

24) YA MU'IZ (Maha Pemberi Kemuliaan)

140 kali sesudah solat isya', InsyaAllah akan memperolehi
kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua
jabatan atau perniagaan
(dihormati)

25) YA MUDZIL (Maha Menghinakan)

Jika sukar untuk meminta hutang, insyaAllah si penhutang sedar
dan membayar kembali.

26) YA SAMI' (Maha Mendengar)

100 kali setiap khamis sesudah solat Zohor tanpa
diketahui orang lain, akan dimakbulkan.

27) YA BASIR (Maha Melihat)

100 kali sebelum solat jumaat , insyaAllah kita akan terang hati
selalu diberi hidayah.

28) YA HAKAM (Maha Menghukum)

68 kali pada tengah malam, insyaAllah dapat
membuka hati dan mudah menerima
ilmu agama.

29) YA ADL (Maha Adil)

104 kali setiap hari sesudah solat 5 waktu,
insyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

30) YA LATIFF (Maha Lembut)

Memperbayakkan zikir mengikut kemampuan,
insyaAllah kita akan dibukankan pintu
rezeki.

31) YA KHABIR (Maha Waspada)

Diamalkan mengikut kemampuan, insyaAllah akan dihindarkan
dari perbuatan orang yang zalim
dan diperbaiki sifatnya yang buruk.

32) YA HALIM (Maha Penghiba)

88 kali bag mereka yang ada kedudukan, insyaAllah
dipastikan kedudukan tidak akan dicabar
atau tergugat.

33) YA AZIM (Maha Agung)

12 kali setiap hari untuk orang yang sekian lama
menderitai sakit, insyaAllah akan sembuh. Juga terhindar dari
gangguan jin, syaitan dan sebagainya.

34) YA GHAFUR (Maha Pengampun)

Perbanyakkan zikir ini, insyaAllah akan diampunkan
dosa-dosa mereka yang bertaubat dan Allah
akan lenyapkan segala kesukaran.

35) YA SYAKUR (Maha Pemabalas)

40 kali insyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan
Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai
hajat yang penting dan terdesak.

36) YA ALIYY (Maha Tinggi MartabatNya)

Diamalkan terus-menerus, insyaAllah akan dicerdaskan
 dan ditambahkan keyakinannya.

37) YA KABIR (Maha Besar) 

100 kali setiap hari, insyaAllah akan mendapat
penghormatan orang lain.

38) YA HAFIZ (Maha Pemelihara)

99 kali insyaAllah diri kita akan terlindung dari bahaya.

39) YA MUQIT (Maha Pemberi Keperluan)

Diamalkan setiap hari, insyaAllah dapat memperbaiki
sifat buruk ahli keluarga dan perbadi kita sendiri.

40) YA HASIB (Maha Mencukupi)

99 kali insyaAllah diri kita akan terhindar dari mara bahaya
dan bebas dari rasa takut.

41) YA JALIL (Maha Luhur)

73 kali setiap hari, insyaAllah akan mengalami perubahan baik
dalam kehidupan peribadi.

42) YA KARIM (Maha Mulia)

280 kali ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan
mengangkat darjat mereka mengamalkan
zikir ini di dunia dan akhirat.

43) YA RAQIB (Maha Mengawasi)

50 kali dengan niat agar barang yang berada
ditempat yang jauh dan sukar dijaga terhindar dari
sebarang kecurian.

44) YA MUJIB (Maha Mengabulkan) 

55 kali sesudah solat subuh. InsyaAllah doa
kita akan dimakbulkan.

45) YA WASI' (Maha Luas) 

128 kali setiap pagi dan petangm insyaAllah segala kesulitan
akan hilang. Andai selalu diamalkan , insyaAllah kita akan
 terjaga dari hasad dengki sesama makhluk.

46)  YA HAKIM (Maha Bijaksana)

InsyaAllah akalnya menjadi cerdas dan lancar dalam
perlajaran. Amalkan sekurang-kurangnya
300 kali setiap hari.

47) YA WADUD (Maha Pencipta)

1000 kali setiap hari akan berkembang kasih sayangnya
dan dikasihi orang lain.

48) YA MAJID (Maha Mulia)

99 kali insyaAllah keluarga kita akan menyayangi dan
menghormati kita sebagai ketua keluarga.

49) YA BAITH (Maha Membangkitkan)

100 kali dengan meletakkan tangan ke dada, insyaAllah
akan memberi kelapangan dada dengan
ilmu dan hikmah.

50) YA SYAHID (Maha Menyaksikan)

319 kali secara berterusan setiap malam, akan
melembutkan hati ahli keluarga yang suka
membangkang.

51) YA HAAQ (Maha Benar)

Perbanyakkan zikir ini, insyaAllah sangat berfaedah
sekali menebalkan iman dan taat di dalam
menjalankan perintah Allah.

52) YA WAKIL (Maha Memelihara)

Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat
atau terjadi gempa, maka ketika itu perbayakkan zikir ini,
insyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda.

53) YA QAWIYY (Maha Memiliki Kekuatan)

1000 kali setiap malam agar kita tidak gentar
 apabila berdepan dengan si zalim.

54) YA MATIN (Maha Teguh)

Diamalkan sebanyak-banyaknya untuk dapat
mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar
untuk menggangu.

55) YA WALIYY (Maha Melindungi) 

Dengan izinnya, kita akan terhindar dari sebarang
gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.
Juga akan selalu dilindungi olehNya.

56) YA HAMID (Maha Terpuji)

InsyaAllah kita akan dianugerahkan sifat
yang terpuji
dan dikasihi sesama umat.

57) YA MUHSI (Maha Menghitung)

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.
Maka akan selalu dekat dengan Allah. (Muraqabbah)
dan dipermudahkan pada hari kiamat.

58) YA MUBDI' (Maha Memulai / Pemula)

470 kali setiap hari, insyaAllah segala apa yang kita
rangcangan akan berhasil, dapat membuat
hari, fikiran menjadi cerdas.

59) YA MU'ID (Maha Mengulangi)

Andai ada ahli keluarga yang menghilangkan diri
dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 kali setiap hari
sesudah solat. InsyaAllah akan dipertunjukkan hasilnya.

60) YA MUHYI (Maha Menghidupkan)

68 kali setiap hari, insyaAllah kita akan diberikan kemuliaan
darjat di dunia dan di akhirat.

61) YA MUMIT (Maha Mematikan)

Amalkan zikir ini, Allah akan menolong untuk
memperolehi kemenangan atas lawan-lawannya.

62) YA HAYYU (Maha Hidup)

Amalkan zikir ini, Allah akan memberi panjang umur
dan memelihara iman dari sifat musyrik dan munafik.

63) YA QAYYUM (Maha Berdiri SendiriNya)

1000 kali setiap malam atau siang hari, hendaklah
melakukan secara berterusan, insyaAllah
akan tercapai segala hajatnya.

64) YA WAJIID (Maha Menemukan)

Andai keinginan keperibadian yang kukuh, tidak
mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka
perbanyakkan zikir ini.

65) YA MAAJID (Maha Luas Kemuliaan)

Demi kecerdasan otak dan dipermudahkan hati untuk
menerima pelajaran, maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini
setiap hari.

66) YA WAHID (Maha Esa)

Bagi yang belum punya ana, amalkanlah zikir ini 190 kali
sesudah solat fardhu selama sebulan dan berpuasa sunat isnin dan khamis.
InsyaAllah

67) YA MUHSI (Maha Menghitung)

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.
Maka akan selalu dekat dengan Allah (Muraqabbah)
dan dipermudahkan pada hari kiamat kelak.

68) YA SOMAD (Maha Diperlukan)

Ketika dalam kesempitan, maka berzikirlah sebanyak mungkin.
InsyaAllah , diri akan berasa segar sentiasa.

69) YA QADIR (Maha Kuasa)

Apabila kita berhajatkan sesuatu tapi selalu gagal,
maka amalkan zikir ini sebanyak 305 kali setiap hari.
InsyaAllah akan berhasil.

70) YA MUQTADIR ( Maha Menentukan)

554 kali setiap hari. InsyaAllah
segala hajat yang baik dan termakbul.

71) YA MUQADDIM (Maha Mendahulukan)

Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, "Barangsiapa
yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 kali setiap
hari, insyAllah, segala usahanya akan berhasil"

72) YA MU'AKHKHIR (Maha Mengakhirkan)

300 kali setiap hari akan mendapat rahmat dan redhaNya
serta taubatnya akan diterima.

73) YA AWWAL (Maha Memulakan)

1000 kali setiap hari Jumaat akan mendapat kemudahan dalam hidup.
Bagi suami yang belum punya anak, akan dimakbulkan doanya.

74) YA AKHIR (Maha Penghabisan)

200 kali sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, insyaAllah,
pintu rezeki yang halal akan dibuka
oleh ALLAH SWT.

75) YA ZAHIR (Maha Nyata)

1,106 kali selepas selesai solat waktu di tempat yang sunyi
(Khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya
dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76) YA BATIN (Maha Tersembunyi)

30 kali sesudah solat fardhu, Allah akan bukakan baginya
kebenaran sejati.

77) YA WALI (Maha Menguasai)

10,000 kali siang dan 10,000 kali malam, maka Allah
akan bukakan pintu  makrifat.

78) YA MUTA'ALI (Maha Suci / Terpelihara)

1000 kali setiap hari Jumaat akan mendapat kemudahan
dalam hidup. Bagi suami yang belum punya anak
akan dimakbulkan doanya.

79) YA BARR (Maha Dermawan)

Amalkan setiap hari, insyaAllah segala yang kita hajati
akan terlaksana.

80) YA TAWWAAB (Maha Penerima Taubat)

Banyakkan zikir ini supaya diberikan petunjuk untuk
kempali ke jalan yang lurus.

81) YA MUTAQIM (Maha Penyeksa)

Amalkan sesudah fardhu agar mendapat pertolongan
untuk mengalahkan musuh.

82) YA 'AFFUW (Maha Pemaaf)

Barangsiapa perbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan
diampuni segala dosannya oleh Allah.

83) YA RA'UF (Maha Pengasih)

Amalkan setiap hari sebayak-banyaknya, maka
Allah akan melimpahkan rahmatNya dan
tidak akan mengalami kesengsaraan dalam kehidupannya.

84) YA MALIKUL MULK (Maha Menguasai Kerajaan)

212 kali sesudahsolat fardhu & 212 setiap malam selama
sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan dari Allah.

85) YA ZUL JALAALI WAL IKRAM (Maha Memiliki Kebesaran)

65 kali sebelum solat subuh, insyaAllah segala hajat kita
akan tercapai dan diberi kekayaan.

86) YA MUQSITH (Maha Mengadili)

Berzikirlah mengikut kemampuan, InsyaAllah akan
dianugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkanya.
Bebas dari godaan.

87) YA JAMI' (Maha Mengumpulkan)

Dengan zikir ini, insyaAllah barang yang hilang dujumpai
kembali. ahli keluarga yang lari, akan pulang kerumah.

88) YA GHANI (Maha Kaya)

Amalkanlah, insyaAlah apa yang kita usahakan akan
 berhasil dan kekayaan yang diperolehi itu akan
mendapat berkat.

89) YA MUGHNII (Maha Mengkayakan)

Amalkan zikir ini sebanyak-banyaknya selamat 40 hari,
Allah SWT akan memudahkan kita mendapat rezeki.

90) YA MANI' (Maha Menolak)

161 kali sebelum solat subuh, Allah SWT akan memberikan
kehidupann berkeluarga yang baik dan terhindar dari kezaliman.

91) YA DHAR ( Maha Memudaratkan)

1001 kali setiap hari terus menerus. Yang sedang menderita sakit
insyaAllah akan sembuh dari penyakit.

92) YA NAFI' (Maha Pemberi Manfaat) 

Amalkan zikir ini sebanyak-banyaknya, maka Allah
akan melenyapkan dukacita, juga menyembuhkan
penyakit dan menghidarkan dari bencana.

93) YA NUUR (Maha Bercahaya)

Amalkanlah zikir ini, insyaAllah kita akan memperolehi
cahaya terang dihati dan makrifat kepada
Allah SWT.

94) YA HADII (Maha Pemberi Pentunjuk)

Perbanyakkan zikir ini, insyaAllah akan diberikan pertolongan
Allah akan terlepas dari kesesatan.

95) YA BADI' (Maha Indah)

500 kali selepas fardhu, insyaAllah akan diberikan pertolongan
hingga rancangan kita berjaya dan berjalan lancar.

96) YA BAQI (Maha Kekal)

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin, insyaAllah punca rezeki
tidak akan mudah terlepas .

97) YA WARITS (Maha Membahagi / Mewarisi)

Mengulang-ulang zikir ini, insyaAllah akan dikurniakan
umur yang panjang dan juga kehidupan yang baik.

98) YA RASYIID (Maha Cendekiawan)

1000 kali antara Maghrib & Isyak terus menerus,
insyaAllah akan menjadi lebih pintar dan bebas dari kesulitan.

99) YA SOBUR (Maha Penyabar)

Perbanyakkan zikir ini, insyaAllah dengan sifat sabar,
maka dengan segala usaha dan upaya akan
mencapai kejayaan.

 

Sharing is caring ^^, *Betul kan jika saya silap ea. 

Thanks for reading...