MyOnlineDiary.

Diriku tidak sempurna seperti malaikat, tapi aku cuba jadi yang terbaik di sisiNya. Jika aku buat silap, jangan pandangku macam Ahli Neraka. :(

♡ My Diary ♡

Tompokkkkk ! :'(

Hai ! Assalamualakum ^_^

Sebenarnya aku bosan tak tahu nak buat apa. haha. So aku update blog jelah :)

Nih aku nak cerita pasal haiwan peliharaan aku. Haiwan peliharaan aku tu kucing :) Eheee~ Korang ada membela haiwan tak? mesti ada kan? kalau bukan kucing pun, haiwan lain. Hehe.

Aku ada seekor kucing ni. Meh ni aku bagi tahu nama dia. Nama dia Tompok ^^ hehe sebab apa nama dia Tompok? Sebab bulu dia tompok-tompok. Ada warna oren, hitam dengan putih. Heee comel sangat :)

Haaa! ini la dia :')
Ok, yang atas tu la kucing aku Tompok. Comel tak? ^^ Ni la kucing kesayangan aku tauu ! Aku sayang dia sangat-sangat! hmm tak tahu nak kata apa dah. Tidur pun sekali dengan dia. haha tengok betapa sayangnya aku kat dia :') Tompok ni ada lagi seekor atas dia. Kirakan macam abang dia la. Haha. Tapi bulu dia lain. Warna putih je semua. Haha comel jugak. Yang tu pun aku sayang jugak.

Tapi kan, tompok ni diaaaa dah matiii ! :'( Uwarghhh !!! sedihhhh nyaaa ! Tak tahu la apa punca dia mati ! Mak aku cakap dia kena gigit dengan anjing ! HUHU sedih nya. Dah la dia mati tu, waktu aku ontheway nak ke sekolah. hari rabu. Yeahh! Aku ingat lagi tarikh dia mati. 15/1/2013 <---- ni la tarikh dia mati. wargh! Kesian nyaa dia. Masa pagi tu, aku tengah siap-siap pakai baju. Pastu ada jiran aku panggil mak aku kat dalam rumah. Dia bagi tahu yang kucing aku Tompok ni dah mati ! Tompok terbaring kat tepi jalan.

Pastu aku pergi sekolah. dah sampai sekolah aku ni tahan je nak nangis. Sebab fikir kan Tompok ni dah mati. Huhh~ rasa macam tak percaya pun ada ! Yelaa, apa perasaan korang kalau haiwan kesayangan korang mati ? Mesti sedih gila kan?! Dari kecik kita bela dia sampai ke besar. Tengok-tengok dia dah mati. :'( Aku balik sekolah, aku masuk bilik terus. Hmm, tak leh tahan la sedih ni. Apa lagi menangis laa ! :'( HUHU

Lagi satu, Tompok ni ni jenis macam manja :) dia tak suka dipegang sangat. Tapi bila dia time lapar, baru dia macam nak kat kita. Haha, tapiiii, bila dia dah kenyang! Amboii sombong betul ! hahaha :') Dan, bila aku rasa RINDU dekat dia kan, aku mesti menangis :') Hmm, dan aku harap dia takkan lupa kan tuan dia kat sini :') Pastu malam tu aku nak tidur, Tompok masuk dalam mimpi aku. Dalam mimpi aku tu, aku pelukkk dia kuat-kuat ! Aku cium dia. Hmm, RINDU dengan bau bulu dia tu :'( bulu dia lembut tu. RINDU nak dengar suara dia yang mengada-ngada tu :( Selepas aku bangun dari tidur, aku rasa macam puas sangat sebab dapat pegang dia. Walau pun dalam mimpi je. Tapi, rasa macam betul la. :') Aku rasa, mesti dia pun rindu kat tuannya :') Memang setiap kali aku rindu kat dia, dia masuk dalam mimpi aku. Hmm sayang Tompok :)

Takpe lah Tompok, dia dah tenang kat sana. Dah takde lagi seksaan manja dari tuan mu. Syurga lah tempat dia. :') Eh, kucing ni haiwan peliharaan nabi Muhammad kan? Mak aku cakap. Hehe. :')

selamat tinggallllll TOMPOK !!! :'(

Sungguh setiap jiwa itu istimewa, Kucing sahabat kita ^^


Ok itu jelah aku nak cerita :) bye !